Buntu Fikirkan Tema Majlis Berinai? Cuba ‘Curi’ Idea Selebriti Tempatan Ini!

Buntu Fikirkan Tema Majlis Berinai? Cuba ‘Curi’ Idea Selebriti Tempatan Ini!

Wedding

Buntu Fikirkan Tema Majlis Berinai? Cuba ‘Curi’ Idea Selebriti Tempatan Ini!

Majlis berinai merupakan satu adat resam kahwin Melayu yang dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu, baik di kawasan luar bandar mahupun di bandar, bahkan sudah diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi. 

Sebelum kita pergi jauh untuk idea tema dan sebagainya, majlis berinai terbahagi kepada dua;

Foto – Buzzfeed

Berinai kecil biasanya diadakan pada waktu petang tiga malam sebelum hari perkahwinan. Hanya keluarga terdekat yang hadir untuk menghias pengantin perempuan. Inai akan dihiaskan pada kedua-dua belah tangan dan kaki pengantin perempuan. Pengantin lelaki juga diletakkan inai pada jari kelingking, jari manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja.

Manakala, berinai besar pula diadakan pada malam sebelum hari perkahwinan. Rakan-rakan dan saudara mara dijemput hadir untuk memeriahkan majlis yang akan melihat tetamu lelaki melemparkan sedikit nasi kunyit di sebelah kiri dan kanan pengantin lelaki. Proses yang sama diulang dengan menggunakan bertih dan tangkai daun wangi dicelup dalam air daun setawar dan disudahi dengan sedikit pes inai diletakkan di atas daun sirih dan diletakkan pada tapak tangan pengantin lelaki.

Baca: Inspirasi Ukiran Inai Terkini Untuk Bakal Raja Sehari

Dah fikir tema untuk majlis anda nanti? Nah ambil contoh idea selebriti tempatan seperti berikut:

#1 Bollywood

Kalau anda sukakan tema yang glamor penuh warna-warni, ini idea terbaik. Hiasan pelamin berinai dipenuhi dengan bantal berwarna ceria, bertepatan dengan tema Bollywood seperti yang dilakukan Marsha dan pasangannya.

Foto – Ikahwin.my

Foto – ikahwin.my

Liyana Jasmay juga kelihatan manis mengenakan persalinan Bollywood.

Foto – shiydaaqma.blogspot.com

#2 Tradisional

Sana sini tema Bollywood, cuba kali ini pilih tema yang mengikut tradisi kita. Sebagai contoh, Nad Zainal memilih tema tradisional untuk majlis berinai. Dekorasinya yang ringkas dengan tikar mengkuang, aneka pilihan makanan tradisi dan para tetamu manis berbaju kurung.

Foto – ikahwin.my

Foto -ikahwin.my

Foto – myartis

Jihan Muse juga memilih tema tradisional, kelainannya dia menerapkan elemen Baba Nyonya dan kesemua para tetamu memakai kebaya nyonya. Manis sekali.

Foto – www.rotikaya.com

Foto – www.rotikaya.com

Pelakon Amyra Rosli juga kelihatan manis mengenakan persalinan songket dari rona hijau di majlis berinainya, nampak ciri-ciri melayu sejati.

Foto – virulanuar.blogspot.my

Foto – Pinterest

#3 Bali

Pelakon hebat Sharifah Sakinah mengambil tema Bali untuk majlis berinai. Something unik, bukan? Pulau Bali merupakan pulau impian, penuh dengan kecantikan dan keindahan alam yang ditawarkan dari pantai, hiburan malam, terumbu karang, air terjun dan pelbagai lagi – jadi kesemua elemen itu dimasukkan ke dalam tema Bali untuk majlis berinai.

Foto – metrowealth pictures

Foto – metrowealth pictures

Foto – metrowealth pictures

#4 Hawaii

Nabila Huda memilih tema pantai yang menerapkan elemen Hawaii untuk meraikan majlis berinai. Para tetamu mengenakan pakaian gaya Hawaii “aloha” dengan perincian flora dan fauna dan juga rambu-ramba.

Foto – EH!

Foto – MyNewsHub

Foto – MyNewsHub

#5 Puteri Disney

Bagi seorang wanita yang pernah menjalani hidup sebagai kanak-kanak perempuan pastinya kita semua punyai karakter puteri Disney kegemaran bukan? Sama seperti Sari Yanti yang memilih tema puteri di majlis berinainya, kelihatan manis dengan dress dan flower crown.

Foto – lagulagumalaysia.blogspot.my

Foto – Mulpix

Foto – Pinterest

#6 Baju Tidur

Paling sempoi, paling ringkas. Jika sebelum ini pelbagai tema digunakan para selebriti ketika majlis berinai mereka antaranya Arab, Bollywood, Bali dan Melayu Tradisional, Hanez Suraya tampil membawa kelainan dengan mengetengahkan tema baju tidur.

Foto – Artis TOP – blogger

Foto – Artis TOP – blogger

Hanis Zalikha juga memilih tema baju tidur dengan baju kurung kedah dan kain batik.

Foto – Beautifulnara

Foto – Beautifulnara

#7 Arabian

Kakak kepada Neelofa dan pasangan hidup Shahnaaz, Noor Nabila memilih tema Arabian. Tema Arabian sinonim dengan hiasan dekorasi yang mewah, penuh warna-warni, glamor dan juga eksklusif.

Foto – myinfo4u.net

Foto – bblog 2 – blogger

Foto – Pinterest

Jadi, kalau masih buntu lagi, semak idea selebriti tempatan ini. Tapi perlu diingatkan agar tidak membazir dan berbelanja mengikut bajet yang ditetapkan.

Jangan marah-marah bila berbincang dengan cik abang ye!

Kongsi dari : Wanista