Buntu Nak Pilih Warna Baju Kahwin? Jangan Pening, Ni Ada 7 Pilihan Warna Sensasi Yang Boleh Anda Pilih

Buntu Nak Pilih Warna Baju Kahwin? Jangan Pening, Ni Ada 7 Pilihan Warna Sensasi Yang Boleh Anda Pilih

Wedding

 

12Pilihan warna buat baju kahwin memainkan peranan penting bagi menonjolkan penampilan pengantin di hari paling bahagia. Warna baju yang sempurna mampu membuatkan aura jelita pengantin lebih menyerlah dan menawan.

Jom kita lihat seleksi palet warna yang boleh dijadikan inspirasi untuk disarungkan oleh pengantin di hari perkahwinan. Warna sensasi ini bakal menjadikan penampilan anda bagaikan bidadari dari kayangan!

1. LILAC GREY

11

Warna ini termasuk dalam warna klasik dan tradisional, namun masih memiliki rasa edgy di dalamnya kerana ia menggabungkan antara warna terang, lilac dan kelabu. Eksklusiviti warna ini mampu membangkitkan mood mewah dan classy buat pengantin.

2. ICED COFFEE

10

Warna transisi yang neutral ini memiliki kesan sederhana, lembut dan halus. Terlihat lebih eksentrik dengan suntikan warna ini buat si pemakai. Sesuai buat mereka yang inginkan sesuatu kelainan di majlis perkahwinan.

3. PEACH ECHO

9

Peach echo adalah warna oren dengan suntikan merah muda yang memberikan kesan lebih harmoni dan hangat. Warna yang masih dalam kelompok warna oren ini menampilkan nuansa yang ceria.

4. GREEN FLASH

8

Warna ini memiliki sifat unik dan cukup menyerlah. Lebih memberi kesan neutral dengan warna alam yang nyata. Bakal membuatkan pengantin lebih menyerlah dengan kuasa warna menyengat ini.

5. SNORKEL BLUE

7

Tampak anggun dan memukau! Warna ini memberikan kesan yang tenang dan relaks. Ia seakan-akan warna navy blue tetapi lebih energetik. Warna ini juga memberi ilusi yang lebih langsing buat pengantin.

6. ROSE QUARTZ

6

Warna rose quartz ternyata memberi kesan yang lebih romantis. Warna pastelnya membiaskan aura jelita yang tiada tara selain menghasilkan gaya pengantin yang anggun dan feminin. Warna ini juga bakal memberi kesan yang elegan dan eksklusif.

7. LIMPET SHELL5Warna yang terkesan bersih, segar dan moden ini sesuai buat pengantin yang menggemari warna pastel. Sesuai digayakan di majlis akad nikah mahupun persandingan, warna lembut ini bakal menyerlahkan penampilan pengantin.

Kongsi dari : Pesona Pengantin