Cara Jaga Kasut Sneakers Agar Kekal Putih

Cara Jaga Kasut Sneakers Agar Kekal Putih

Out & About

Daripada Membeli Yang Baru, Ikuti Tip Cosmo Ini Untuk Menjaga Kasut Sneakers Agar Kekal Putih Selama Yang Boleh.

37155564 - urban teenager legs silhouette wearing sneakers sitting on a wall

Sama ada kamu gemarkan kasut Stan Smith, Vans atau Air Force 1s, tidak dinafikan kasut sneakers putih menjadi trend paling hot tahun ini. What’s not to like? Bukan saja ia item paling mudah untuk disuai padan, malah ia selesa untuk dipakai dari siang ke malam!

Tetapi ada satu faktor yang buatkannya kurang best, disebabkan ia berwarna putih ia susah untuk dijaga. Lebih-lebih lagi apabila kamu memakainya untuk berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. Dalam masa beberapa minit saja, pasti kamu perasan lapisan habuk mula melekat di kasutmu.

Dan apabila kawanmu secara tidak sengaja memijak kasut sneakers putih yang kamu baru saja beli minggu lalu, hati kamu bagaikan dicucuk. How’s here you can keep your kicks so fresh so clean! #yourwelcome

 

1. Sabun biasa dan air

Sempurna untuk kasut getah dan kanvas. Mula dengan mencampurkan sedikit sabun ke dalam bekas mengandungi air, kemudian gunakan span lembap untuk membuang kesan kotoran. Gunakan kertas (bukan majalah atau surat khabar kerana dakwat akan luntur apabila terkena air) untuk mengekalkan bentuk kasut dan tinggalkan semalaman.

2. Bahan pencuci pinggan mangkuk atau syampu

Jika kamu kehabisan bahan pencuci biasa, dishwasher detergent atau syampu juga alternatif yang baik.

3. Magic eraser

Ini juga penyelesaian hebat untuk kasut kanvas. Beli magic eraser di bahagian detergent di supermarket, dan ikut arahan di label paket.

4. Ubat gigi dan berus gigi

Jika ia sedikit sebanyak membantu untuk memutihkan gigi kamu, pastinya ia juga boleh membantu  memutihkan kasut kamu. Letakkan toothpaste di atas berus gigimu, kemudian percikkan sedikit air dan sental kasutmu. Gunakan kain bersih untuk mengelap hasil kotoran yang sudah keluar. Ia hebat untuk bahagian yang sukar untuk digosok.

5. Bleach

Peluntur adalah alternatif kamu yang terakhir kerana ia sangat mudah untuk terhakis. Cuba kombinasi 1/4 bahan peluntur dan 3/4 air dan sental menggunakan berus gigi. Pastikan kamu memakai sarung tangan ya.

6. Jangan cuci dalam mesin basuh

Kamu semestinya tidak mahu merosakkan kasutmu yang bernilai itu, apatah lagi mesin basuhmu. Suhu panas akan menyebabkan bahagian getah putih bertukar menjadi warna kuning.

 

Foto: 123rf.com/Artikel asal: Natasha Harding

Kongsi dari : Cosmopolitan