Cara Mistik Untuk Hilangkan Jerawat & Putihkan Kulit

Cara Mistik Untuk Hilangkan Jerawat & Putihkan Kulit

Kecantikan

Frankincense-Pearls-030

Mesti ramai yang terkejut dengan artikel kali ini. Pasti anda tidak sangka, kemenyan yang sinonim dengan kematian atau digunakan bagi tujuan perubatan tradisional sebenarnya baik untuk kecantikan.

Kemenyan juga dikaitkan dengan mistik, pengamal perubatan dan ada yang mencampurkan dalam mandi bunga untuk menaikkan seri.

Dr Irma Shida, pengeluar produk makanan kesihatan dan kecantikan, mengkaji saintifiknya, kemenyan mempunyai banyak manfaat untuk kecantikan.

Hasil kajian yang dilakukan, kemenyan berfungsi dengan dua cara antaranya olkafri yang diperoleh daripada baunya yang menenangkan. Apabila minda kita tenang, tekanan akan berkurangan dan kulit lebih bermaya dan sihat.

Pati kemenyan itu sendiri mempunyai ciri-ciri antiseptik membuatkan ia menjadi penawar kepada masalah kulit seperti jerawat, gatal, gigitan nyamuk dan lain-lain.

Pati kemenyan juga mempunyai kesan antiseptik, membantu menegangkan dan mencerahkan putih kemerah-merahan pada kulit. Pati kemenyan juga tutup pori-pori dan memudarkan jeragat.

Kongsi dari : Hanasuva