90% Orang Tak Tahu Rahsia Dapatkan Diskaun H&M Secara Percuma

90% Orang Tak Tahu Rahsia Dapatkan Diskaun H&M Secara Percuma

Out & About

cvr hnm

It’s shopping time!

Eksited tak!? Yes yes yes, admin akan tulis artikel berkaitan macam mana nak dapat diskaun SETIAP HARI di H&M. Ramai dalam kalangan kita mesti selalu shopping dekat H&M bukan? Butik fesyen yang popular dengan bermacam jenis gaya fesyen termasuklah fesyen muslimah.

Tahu tak H&M ada membuat satu program atau kempen yang dinamakan “Let’s Close The Loop” yang bermaksud Jom Kitar Semula Barang. Program ni sebenarnya sudah lama dijalankan sejak tahun 2013 lagi, cuma tak ramai yang tahu tentang kewujudan program ni. So i’m gonna write on how to get discounts at H&M!

  1. Kumpulkan pakaian atau apa-apa jenis kain (baju, seluar, selimut, langsir, cadar, etc) yang dah tak pakai atau dah tak nak guna.
  2. Letakkan dalam plastik beg saiz sederhana besar. Kalau banyak item, bahagikan kepada beberapa plastik beg. Ini kerana satu beg akan dapat satu voucher sebanyak 15% sahaja.
  3. Contohnya, cadar terlalu besar. Potong cadar tersebut dan letakkan di dalam 2 plastik beg yang berbeza. 2 plastik beg bersamaan 30%! Bayangkan kalau kamu dapat mengumpulkan sebanyak 10 beg atau lebih? 
  4. Kemudian, bawa beg-beg tersebut ke kaunter H&M yang berdekatan.
  5. Katakan pada staff H&M tersebut “saya nak recycle barang”. Kamu akan menerima satu voucher sebanyak 15% (satu plastik beg)
  6.  H&M hanya menerima maksimum 2 plastik beg seorang. Tak kan nak pergi H&M hari-hari? Senang saja. Bawa saja teman-teman atau keluarga untuk tolong kamu recycle dan dapatkan voucher tersebut!
  7. Kalau item ada defect diterima ke? Boleh! H&M akan terima apa-apa condition item as long as dalam bentuk kain. Apa-apa jenama item juga diterima.
  8. Voucher tersebut juga ada expired date. Kebiasaannya expired date tersebut adalah 2 tahun kemudian.
  9. Voucher tersebut juga hanya boleh ditebus dengan pembelian item harga asal, yang bermaksud TIDAK VALID UNTUK PROMOTION ITEM.
  10. Boleh ditebus secara on the spot. Selepas recycle barang, boleh terus shopping dan tebus voucher tersebut. 
  11. Diingatkan bahawa satu voucher satu barang. Jika kamu membeli 3 item, maka 3 voucher diperlukan untuk dapatkan diskaun setiap item.

Apa yang pihak H&M akan buat dengan semua item recycle tersebut, boleh baca terus dekat link sini ! → H&M RECYLE PROGRAM