Cuba Teka Berapa Nilai Kasut Kendall Jenner Yang Disarungkan Untuk Majlis Hari Jadinya

Cuba Teka Berapa Nilai Kasut Kendall Jenner Yang Disarungkan Untuk Majlis Hari Jadinya

Artis

Pakainnya Mungkin Kelihatan Tak Terlalu Fancy Atau Mewah TAPI Tahukah Kamu But Yang Disarungkan Kendall Jenner Bernilai Hampir RM42,000! But Mewah Yang Disarung Kendall untuk menyambut Hari Lahir Adalah Rekaan Dari Yves Saint Laurent.

800 kendall-jenner

Khamis lalu merupakan hari ulang tahun model terkenal, Kendall Jenner yang ke-22. Dia meraikannya dengan pergi makan malam di Los Angeles dalam super cropped white tank dipadankan bersama jeans longgar. Pakaiannya kelihatan sangat sederhana tapi apa yang menarik perhatian adalah but Yves Saint Laurent dengan kristal Swarovski dan glitter yang disarungnya!

 

800 kendall

Jejaka yang dikatakan sebagai teman lelaki barunya, Blake Griffin turut hadir dan semestinya Kim, Kanye, Kourtney dan pasangannya, Younes Bendjima datang untuk memeriahkan suasana. Dandanan Kendall juga sangat simple, hanya dibuat pony tail dan menampakkan subangnya yang cantik!

 

800 kendall 2

Tapi but yang dipakai Kendall inilah yang mencuri perhatian ramai kerana sejujurnya, ia sangat ekstra! Dia pernah memuat naik gambar but tersebut di akaun Instagram miliknya awal Oktober lalu, dan ia sangat-sangat berkilau!

 

 

foxy

A post shared by Kendall (@kendalljenner) on

Hmm, nampaknya ia menjadi kegemaran Kendall buat masa ini kerana semalam dia dilihat menyarungkan but yang sama untuk menyaksikan perlawanan bola keranjang di Los Angeles.

Sumber : Cosmopolitan