Dapatkan ‘KAIN’ Datuk Rossa Di Pret- A- Porter

Dapatkan ‘KAIN’ Datuk Rossa Di Pret- A- Porter

Artis

Berita gembira buat semua peminat Datuk Rossa. Anda bukan sahaja boleh mendengarkan suara merdu milik penyanyi yang berasal dari Indonesia itu tetapi anda juga boleh mendapatkan busana jenama Datuk Rossa sendiri.

Datuk Rossa telah melancarkan koleksi jenama fesyennya yang tersendiri iaitu KAIN. KAIN kini secara rasminya boleh didapati di gedung fesyen multi-labels Pret-A-Porter, G Village sejak awal tahun ini di atas permintaan ramai.

Pada Ahad yang lalu, Pret-A-Porter telah mengadakan sebuah majlis pelancaran ringkas yang turut dihadiri oleh penyanyi pujaan ramai berkenaan, Datuk Rossa dan disaksikan oleh barisan peminat setianya.

Majlis itu juga turut dihadiri oleh para jelitawan ‘social media influencer’ tempatan yang sering kali mewarnai dunia digital sambil menggayakan rekaan KAIN. Antara ‘social media influencer’ yang hadir adalah Emma Shazleen, sosialis fesyen ikon yang sering menggayakan fesyen yang sentiasa mengikut perkembangan fesyen industri tanahair dan juga fesyen terkini di luar negara. Model Muslimah yang jelita, Adiela Safiyyani yang mempunyai  citarasa fesyen yang bercirikan kesopanan bersesuaian dengan keterampilannya yang berhijab atau lebih terkenal dengan fesyen hijabista.

Kegembiraan itu pastinya lebih dirasai oleh Pengarah Kreatif Pret-A-Porter, Puan Shafiza Dato Abdul Rahman kerana berjaya membawa KAIN ke dalam gedung fesyen pilihan ramai itu.

“Perkembangan yang pesat dalam industri fesyen tanahair dan juga di luar negara membuatkan saya mencari lebih banyak rekaan fesyen yang mempunyai ciri-ciri dan nilai seni kreatif sesuatu rekaan. Jenama KAIN  adalahh adunan batik nusantara yang menggabungkan rekaan batik tradisional yang  diadaptasi menjadi lebih moden dan batik juga telah menjadi tred fesyen yang bukan sahaja di pakai pada waktu tertentu tetapi juga boleh digayakan dengan lebih kasual dan praktikal oleh pelbagai genre,” Puan Shafiza Dato Abdul Rahman.

 

Gambar: Instgram Pret-A-Porter

Konsep Mix n Match jenama KAIN amat sesuai dijadikan sebagai trend terkini untuk semua fashionista. Inspirasi kimono dan outer wear  yang ditampilkan dalam koleksi KAIN berkonsepkan batik dan sulaman tenun sebagai aksesori rekaan menjadikan ia sangat unik dan bersahaja untuk digayakan secara santai dan kasual.

Potongan koleksi KAIN sangat bersesuai bagi anda dengan ukuran badan yang kecil dan rendah. KAIN diinspirasikan daripada beberapa peringkat kehidupan dan juga kepelbagaian peninggalan budaya masyarakat negara itu. Pesona keanggunan KAIN bukan sahaja terletak pada potongan rekaannya malahan juga penggunaan teknik sulaman, batik, ikat dan ilustrasi batik digital yang dipersembakan dalam koleksi ini.

Hadir dalam kuantiti yang sangat terhad dalam setiap rekaan, KAIN adalah salah satu jenama fesyen yang penuh bergaya dengan mengikut peredaran masa. Selain daripada Datuk Rossa, seorang lagi penyanyi dari Indonesia, Afgan telah meletakkan jenama fesyen miliknya, Arez. Co di Pret-A-Porter sejak September tahun lalu.

Selain daripada jenama dari Indonesia, selebriti tempatan juga turut menyerikan setiap rak fesyen di gedung membeli-belah ini ataranya Emelda Rose dengan jenamanya Emelda Rose, Ainul Aishah (ALove), Altimet (Benua Clothing) dan Datin Seri Zizie Izette (IZETTE By Zizie Izette).

Kini tiada masalah lagi untuk anda bergaya dan tampil cantik dengan koleksi KAIN yang juga bercirikan koleksi resort santai dengan harga RM139 sehingga RM530. Koleksi KAIN hanya boleh didapati di Pret-A-Porter.

Datuk Rossa bersama Pengarah Kreatif Pret-A-Porter, Puan  Shafiza Dato Abdul Rahman

 

 

Share dari : http://www.jelita.com.my/fesyen/dapatkan-kain-datuk-rossa-di-pret-a-porter/