Dark Is Pretty! Ketahui Kelebihan Miliki Kulit Gelap

Dark Is Pretty! Ketahui Kelebihan Miliki Kulit Gelap

Kecantikan

Dark Is Pretty! Ketahui Kelebihan Miliki Kulit Gelap

Sebagai wanita Asia yang berketurunan Melayu, rata-rata kita dikurniakan kulit yang berona agak gelap seperti sawo matang atau hitam manis. Paling tidak, orang asli Melayu hanyalah berkulit kuning langsat dan jika cerah sekalipun… itu mungkin kerana ada diantaranya berdarah kacukan mahupun berasal dari keturunan yang memang berkulit cerah seperti kebanyakkan orang Kelantan kerana salah silah keluarga ramai bersaudara dengan orang Siam. 


Sumber: Giphy

Semakin hari, penulis jadi hairan melihat anak-anak gadis masa kini cenderung untuk menghabiskan wang ringgit melakukan rawatan pemutihan serta mengambil minuman tambahan agar berhasil mendapatkan kulit secerah gadis Korea. Apakah ini normal?

Sedari kecil pemikiran kita sudah diracuni persepsi kolot beranggapan bahawa jika kulit cerah itu “cantik” manakala kulit gelap pula “tidak menarik”.


Sumber: adiac-congo.com

Dalam masa yang sama, media seolah menyokong persepsi tersebut dengan menampilkan iklan penjualan produk pemutihan menerusi siaran televisyen sementara, majalah serta arena hiburan dunia pula hanya mengetengahkan model serta para selebriti yang berkulit cerah bagi menarik minat netizen.

Ingin penulis tekankan di sini, warna kulit bukanlah tiket untuk kita menjadi ‘stereotaip’.Sebaliknya masing-masing memiliki kelebihan yang tersendiri biarpun punyai warna kulit berbeza.

Ini Wanista kongsikan sebab-sebab mengapa berkulit gelap itu banyak kelebihannya!

#1 Kurang Risiko Dapat Kanser Kulit

Kekurangan melanin, kulit cerah umpama permukaan lut sinar yang membuatkan sinaran UV mudah tembus sehingga ke lapisan kulit paling dalam. Radiasi ini kemudian menyebabkan kerosakan DNA serta sel-sel yang ada padanya sehingga terjadinya kanser kulit. Untuk pengetahuan semua, kanser kulit juga membunuh sama seperti mana penyakit barah yang lain.


Sumber: supportstore.com

Si kulit gelap memang beruntung kerana lapisan kulitnya sudah dilapisi sunblock semula jadi dipanggil melanin!

Individu berkulit gelap miliki kondisi kulit berpigmentasi yang kaya dengan melanin. Sumber melanin lah yang bertindak sebagai lapisan pelindung -berbeza dengan si kulit cerah yang kekurangan melanin.

Biarpun begitu, orang berkulit gelap ini biasanya sering kekurangan vitamin D yang biasakan diperolehi dari matahari untuk kekuatan tulang.

#2 Sukar Kena Selaran Matahari (Sunburn)


Sumber: Tumblr

Selaran matahari lazimnya menyerang mereka yang berkulit putih, membuatkan kulit berasa perit dan jadi kemerahan seolah melecur dek terdedah pada cahaya matahari untuk jangka masa panjang tanpa seberang perlindungan. Lebih parah, selaran matahari juga mampu buat sesetengah kulit jadi melecet lalu mengelupas dan ini menyebabkan kesakitan.

Lain dengan mereka yang berkulit gelap, biarpun harus menghabiskan sehari suntuk di bawah matahari, adalah sukar bagi mereka untuk mengalami keperitan kulit disebabkan sunburn itu!

#3 Proses Penuaan Tidak Ketara


Sumber: Pinteerest

Seperti yang kita semua tahu, kulit akan cepat tua jika terlalu banyak ‘berjemur’. Namun begitu, individu berkulit gelap mampu mempamerkan tanda penuaan yang tidak ketara. Kata pakar kulit Susan C. Taylor, mereka yang berkulit hitam akan kelihatan lebih muda jika dibandingkan dengan teman sebaya mereka yang berkulit cerah. Kadar melanin yang tinggi pada individu berkulit gelap akan membantutkan tempoh penuaan termasuklah kemunculan pigmentasi, bintik hitam, kedutan serta kulit kasar.

#4 Tubuh Berfungsi Lebih Sempurna


Sumber: superawesomevectors.com

Ramai di antara kita cuma tahu yang melanin hanya digunakan untuk menentu warna kulit dan rambut seseorang. Apa yang ramai tidak tahu, melanin sebenarnya adalah sumber utama yang mengekalkan fungsi tubuh kerana ia bantu otak dan saraf berfungsi sebaiknya, bantu mata untuk melihat serta galak pertumbuhan sel. Hebat kan? Jadi untunglah kita yang berkulit hitam!

#5 Lebih Subur

Pigmentasi gelap berupaya mengelak kerosakan DNA dan mengawal penyerapan jumlah radiasi UV yang seimbang untuk tubuh manusia. Ia juga akan melindungi tubuh dari gejala kekurangan zat folat.


Sumber: Pinterest

Folat adalah vitamin B larut air yang hadir dari sayuran berdaun hijau, bijian penuh serta buah sitrus seperti limau. Wanita amat memerlukan folat untuk mengekalkan kesihatan telur yang dihasilkan agar ia mampu disenyawakan secara sihat serta galak pertumbuhan plasenta yang normal selepas proses persenyawaan.

Bagi kaum lelaki pula, folat penting untuk penghasilan sperma berkualiti. Folat sememangnya mustahak untuk perkembangan kandungan, pertumbuhan organ janin serta menyokong kejadian rangka tubuh dan otak janin.

Oleh itu, individu berkulit gelap yang hamil rata-ratanya terpelihara dari ‘kecacatan janin’.

#6 Melanin Lawan Radikal Bebas


Sumber: Tumblr

Radikal bebas mengancam kesihatan manusia. Ia dapat merosak dan memusnahkan sel tubuh manusia menurut pakar, Diana Clarke. Oleh itu, individu berkulit gelap yang memiliki kadar melanin tinggi mampu membebaskan radikal bebas tersebut agar sel-sel tubuh sentiasa berada dalam keadaan baik.

Bagi yang berkulit gelap kat luar tu, berhenti putihkan kulit and let’s embrace our skin!

“Dark is handsome, dark is beautiful”. ❤️

RUJUKAN 2

Share dari : Wanista