Dua Lipstik Inovasi Terbaru Ini Mampu Menarik Perhatian Ramai

Dua Lipstik Inovasi Terbaru Ini Mampu Menarik Perhatian Ramai

Makeup

Siapa kata lipstik ikonik tidak boleh diubah? Tidak dinafikan yang mana dua gincu inovasi terkini ini mampu membuat ramai yang terpesona dibuatnya.

 

 

Rouge Dior telah dihasilkan pada tahun 1953. Ia sehingga ke hari ini masih berjaya bertapak di hati ramai wanita, menemani wanita, fesyen dan masyarakat, dengan satu ciri yang cukup ringkas ; kepuasan dan rona yang kaya.

 

Kini, Pengarah Kreatif dan Imej untuk Dior Make-Up, Peter Philips menampilkan inovasi terbaru Rouge Dior iaitu Dior Rouge Liquid dan Double Rouge.

 

Dior Rouge Liquid

 

 

Ia adalah formula cecair lipstik yang pertama dengan efek yang pelbagai serta impak rona yang cukup mengagumkan. Dior Rouge Liquid menggunakan percanggahan, dan itulah yang menjadikannya kuat dan berinovatif.

 

Vibrant matte, satin dan kemasan metalik, rona yang sengit, ringan, litupan yang sempurna, dan pemakaian yang lebih lama, tidak  menjejaskan keselesaan menggunakannya. Kualiti sebelum ini sebenarnya diterapkan bersama dalam lipstik Rouge Dior.

 

1. Satu inovasi, tiga aset

Ia menggabungkan rona-rona yang menyerlah dan pemakaian yang lebih lama. Penyebaran pigmen optimum di dalam produk ini mengukuhkan kesempurnaan rona. Dengan adanya eosins di dalam produk ini, ia mampu memanjangkan jangka masa pemakaian yang boleh bertahan sehingga 12 jam.

 

2. Palet rona halus merangkumi empat keluarga dan kesan warna

Pertama, adalah reka bentuk tiub yang  diidamkan ; tiub gincu Dior berkilauan biru dengan rupa moden, memanjang dan tingkap yang mendedahkan warna dan kemasan liquid.

 

Seterusnya, sentuhan magis lainnya adalah aplikator yang sempurna untuk mengikuti liku garis bibir, dengan reservoir yang sesuai dengan dos yang diperlukan untuk sekali palitan.

 

Akhirnya, empat warna ini berjaya dihasilkan oleh Peter Philips.

 

  • Liquid Rock Matte

 

 

  • Liquid Electric Metal

 

 

  • Liquid Pop Satin

 

 

  • Liquid Velvet Nude

 

3. Sikap radikal dalam empat warna ekstrim

Menolak batasan kreatif, Peter Philips tampilkan koleksi warna yang ekstrim dengan pilihan yang kaya dan menggoda.

 

Double Rouge 

 

 

Pabila dua trend digandingkan ; matte dan metalik, sudah pasti ia menjadi item solekan yang didambakan ramai wanita. Ia hanya perlukan sekali palitan sapuannya sudah boleh menyeluruh kerana dengan adanya dual-textured stick. Rouge Dior Double Rouge memberikan efek ombre kerana dicipta dengan tinggi pigment matte ring yang digabungkan dengan teras metalik yang menangkap cahaya. Dua formula ini bersatu dan dari situ pabila aplikasinya, dua rona akan sebati secara harmoni, menghasilkan kemasan yang sempurna dan meningkatkan ilusi optikal.

 

Yang membanggakannya, dalam menghasilkan lipstik ini, ia memerlukan 16 percubaan untuk mendapatkan rona yang sempurna seimbang dan memakan masa empat bulan untuk melaraskan formula dan setiap stick yang terbaik.

 

Untuk Double Rouge, Peter Philips mencipta empat keluarga rona yang fun dan merah sofistikasi, coral yang ceria, ungu merah jambu elektrik dan nude yang lebih flat.

 

 

 

  • Matte Metal 999
  • Miss Crush 288
  • Poison Purple 992
  • Jungle Beige 510

Kongsi dari : EH!