[EDISI PERKAHWINAN] TIP PEMILIHAN HIJAB BERSESUAIAN DENGAN GAUN PERKAHWINAN

[EDISI PERKAHWINAN] TIP PEMILIHAN HIJAB BERSESUAIAN DENGAN GAUN PERKAHWINAN

Out & About

Hari perkahwinan adalah momen paling indah buat anda dan sudah pasti anda ingin tampil serba sempurna. Tampil berhijab dengan gaun pengantin tetap boleh membuatkan anda kelihatan sempurna. Tetapi, semua itu bergantung pada anda untuk memilih hijab yang sesuai digayakan dengan gaun pengantin yang telah anda pilih.

Nah, kami kongikan sedikit info cara-cara pemilihan hijab yang sesuai dengan diri dan juga gaun pengantin anda.

1. Jangan pilih yang terlalu sarat

Ketika anda memilih hijab, pastikan anda tidak memilih hijab yang membuatkan penampilan anda nampak ‘over’ atau keterlaluan. Misalnya, jika gaun pengantin yang telah anda pilih itu mempunyai banyak aksesori atau hiasan pada kain yang sarat, pastikan anda memilih jenis hijab yang lebih ringkas.

2. Pastikan warnanya bersesuaian dengan warna kulit 

Warna hijab yang digayakan akan kelihatan cantik atau sesuai apabila ia serasi dengan warna kulit anda. Bagi anda yang berkulit cerah atau putih, anda boleh memilih hijab dengan sentuhan warna kuning, oren, merah atau coklat. Manakala, bagi anda yang berkulit kunig langsat, anda boleh mengenakan hijab dengan sentuhan warna hijau atau biru. Bagi yang berkulit sawo matang, anda disarankan memilih hijab dengan sentuhan warna ungu gelap atau warna peach.

3. Harus padan dengan warna dan material gaun pengantin

Warna hijab dan gaun pengantin perlu memiliki satu sentuhan warna yang sama atau serupa. Contohnya, jika gaun pengantin anda warna putih krim, anda boleh memilih hijab yang  berwarna peach.

4. Pastikan warnanya juga sesuai dengan warna mata

Hijab dengan sentuhan warna biru, hijau kebiruan atau unggu sesuai buat anda yang bermata coklat. Jika anda memakai ‘contact lens’, anda boleh menyesuaikan warna hijab dengan warna ‘contact lens’ anda.

5. Jangan guna terlalu banyak lapisan hijab

Hijab untuk gaun pengantin tidak semestinya nampak terlalu mewah dengan padanan beberapa hijab menjadi satu. Apa yang paling penting, hijab yang anda gayakan bersama gaun pengantin tersebut selesa dipakai dan membuatkan bahagian rambut dan dada anda tertutup dengan sempurna.

Semoga info pemilihan hijab perkahwinan ini berguna buat semua bakal pengantin di luar sana!

 

Share dari: https://www.wanista.com/tip-pemilihan-hijab-bersesuaian-dengan-gaun-perkahwinan/