Elak 4 Makanan Ini Kalau Tak Nak ‘Braces’ Rosak. Kalau Tak, Tanggung 2 Akibat Ini. Fake Braces? No Way!

Elak 4 Makanan Ini Kalau Tak Nak ‘Braces’ Rosak. Kalau Tak, Tanggung 2 Akibat Ini. Fake Braces? No Way!

Kecantikan

OMG muka cantik tapi gigi kuning berkarat!? Yucks! 

1 800

Memiliki gigi yang cantik dan teratur menjadi idaman semua terutamanya kaum hawa. Bila ada gigi cantik baru lah ada confident! Sebab apa? Bila senyum tak payah cover-cover. Dengan bangganya senyum tunjuk gigi. WOW! gigi kau cantik lah. Gigi palsu ke tu? Hanya segelintir sahaja yang dilahirkan dengan gigi yang sempurna. Bukan kurniaan Tuhan tak sempurna, cuma kita yang tak menjaganya dengan betul dari kecil. Sekarang pun ada penyelesaian yang mudah tapi susah. Eh? 

Akibat Pengabaian Kebersihan Mulut

2 800

Sumber — myhealth.gov.my

Gigi akan menjadi cantik tersusun  setelah memakai braces. Tapi ramai yang mungkin tak tahu jika memakai braces tanpa penjagaan yang rapi boleh menyebabkan gigi semakin teruk!

Rawatan braces ini mengambil masa yang lama untuk selesai. Maka pemakai braces perlu mengambil perhatian lebih terhadap penjagaan mulut. Rawatan Ortodontik (pendakap gigi) akan menjadi sia-sia jika kerosakan gigi dan gusi dikesan di penghujung  rawatan akibat pengabaian kebersihan mulut!

Langkah – Langkah Pembersihan 

3 800

4 800

Elak Makan 4 Benda Ni 

 

Manis 

800 sugar

Elakkan makan makanan manis untuk mengurangkan ancaman asid dalam mulut

Keras 

kekacang-untuk-makanan-otak

Walaupun kekacang elok, tetapi ianya perlu dielak bagi si pemakai braces, untuk elakkan kerosakan pada braces.

Melekit

800 candies

Makanan jenis melekit juga boleh menyebabkan pendakap gigi rosak.

Minuman Bergas 

800 gas

Kandungan asid didalamnya akan menghakis permukaan gigi, menyebabkan lapisan enamel menipis.

 

Fake Braces? No way!

Kesan & Akibat

Si pemakai fake braces boleh mendapat gangguan kepada salur darah dan saraf gigi. Masalah seperti ulser mulut, gusi berdarah, jangkitan kuman dan bakteria juga kesan daripadanya.

Besi fake braces boleh berkarat, mencalarkan permukaan gigimenghakis enamel gigi. Manakala, saduran besinya pulak boleh terhakis dan menjejaskan tubuh pengguna. Jadi gigi korang boleh mereputgigi berkaratgusi jadi longgar, dan tu tak masuk lagi dengan bau mulut disebabkan infection.

 

Sumber : myhealth.gov.my