Elakkan Bad Hijab Day, Ini Tip Untuk Kekalkan Tudung Pada Kedudukan!

Elakkan Bad Hijab Day, Ini Tip Untuk Kekalkan Tudung Pada Kedudukan!

Out & About, Tutorial Hijab

Wanita berhijab kini sangat menitikberatkan penampilan diri yang elok. Semestinya semua wanita berhijab mahukan hijab yang cantik yang diminatinya. Pantang nampak yang cantik pasti beli!

Tapi kini mereka lebih bijak dalam pemilihan fabrik hijab yang sesuai dipakai. Faktor utama dalam pembelian hijab semestinya terletak pada corak atau rekaan hijab itu sendiri. Kedua terletak pada tahap keselesaan. Kalau cantik sahaja tapi tidak cukup selesa dipakai, pasti mereka akan berfikir sejenak untuk beli hijab tersebut. 

Setelah admin mendapat keluhan dari teman-teman yang berhijab, antaranya “kan bagus kalau pakai tudung apa pun terletak je dekat kepala, tak ada masalah tudung lembik ke senget ke”. Jadi! Admin ada satu tip atau trik macam mana nak kekalkan tudung pada kedudukan yang korang nak!

Tip & Trik ini sesuai untuk semua jenis fabrik tudung tau!

CARA-CARA

Shawl

#1 Lipatkan tudung menjadi 2 bahagian. Iron kan pada bahagian yang dilipat satu kali. 

#2 Kemudian, buka lipatan tudung semula

#3 Spray kan Easy On atau Kleen pada lipatan tudung tersebut sebanyak 2 kali sahaja

#4 Iron bahagian yang di spray tadi sehingga lipatan menjadi rata.

Tudung Bawal

#1 Lipatkan tudung menjadi tiga segi. Iron kan pada bahagian yang dilipat satu kali. 

#2 Kemudian, buka lipatan tudung semula

#3 Spray kan Easy On atau Kleen pada lipatan tudung tersebut sebanyak 2 kali sahaja

#4 Iron bahagian yang di spray tadi sehingga lipatan menjadi rata.

P/S : Biasa Easy On atau Kleen yg lemon. Spray jangan terlalu banyak nanti jadi kepingan kering. 2kali dah cukup. Iron untuk mula biar panas, bila dh makin kering, slowkan. Berasap, kdg2 mmg akan berlaku…

Video — qayfayunus