Elakkan TERMENUNG Depan Almari, Lihat Padanan 5 Warna Untuk Penampilan Yang Sempurna! #5 Yang Ramai Orang Guna

Elakkan TERMENUNG Depan Almari, Lihat Padanan 5 Warna Untuk Penampilan Yang Sempurna! #5 Yang Ramai Orang Guna

Out & About

Mesti kaum hawa dekat luar sana sering mengalami masalah nak padankan warna tudung dengan baju bila nak keluar rumah kan? Bila nak bersiap mesti duduk depan almari berjam-jam sambil memikirkan nak pakai baju warna apa dan tudung warna apa. Alih-alih pilih tudung warna hitam je sebab boleh dipadankan dengan warna baju apapun.

 

Ohfesyen faham situasi ni. Jadi kami akan membantu kakak-kakak dan adik-adik macam mana nak padankan warna tudung dengan baju agar penampilan kamu semua nampak ayu, manis dan sedap mata memandang gituuu. Semoga artikel kali ini sedikit sebanyak dapat membantu kamu semua untuk memadankan warna tudung dan baju.

#1 Tudung Warna Pink

Barbie-colorcombo

Ramai yang tak berani nak padankan tudung warna pink atau baby pink ni sebab takut warna baju yang nak dipadankan tu tak sesuai. Kamu boleh cuba untuk padankan tudung pink dengan warna natural seperti hitam atau beige untuk tampak lebih matang dan elegen. Untuk gaya yang sedikit profesional, padanan warna pink dan midnightblue adalah sesuai.

Beli The Sparkle Shawl (Barbie)Heeejabbymw atau Tudung2u

#2 Tudung Warna Hijau Emerald Gelap

Emerald-colorcombo

Warna hijau emerald sesuai digayakan dengan sebarang warna baju. Padanan warna hijau emerald dan krim akan menampakkan padanan warna yang tenang manakala padanan dengan warna kuning mustard atau coklat akan menampakkan gaya klasik.

Beli The Sparkle Shawl (Emerald Lake)Heeejabbymw atau Tudung2u

#3 Tudung Warna Burgundy

Emerald S'mokes-colorcombo

Warna burgundy atau coklat kemerah-merahan ini sesuai dipandankan dengan warna biru navy untuk kelihatan sedikit sofistikated atau kasual. Untuk penampilan yang lembut dan modern, warna burgundy sesuai dipadankan dengan warna salmon atau tona warna yang mirip dengan warna salmon.

Beli The Sparkle Shawl (S’mokes)Heeejabbymw atau Tudung2u

#4 Tudung Warna Biru

Sea breezecolorcombo

Warna biru amat sesuai dengan warna-warna yang natural. Padankan warna biru dengan warna seperti kelabu atau coklat untuk penampilan yang lebih formal atau outfit untuk ke majlis-majlis istimewa. Untuk gaya yang lebih santai, warna biru sesuai dipadankan dengan warna-warna bumi seperti hijau zaitun atau khaki.

Beli The Sparkle Shawl (Sea Breeze)Heeejabbymw atau Tudung2u

#5 Tudung Warna Hitam

Twilight-colorcombo

Warna hitam adalah warna yang paling selamat sekali kerana ia boleh dipadankan dengan sebarang warna. Padanan warna hitam dengan warna merah menampakkan penampilan yang bold. Untuk gaya yang lebih natural warna hitam boleh dipadankan dengan warna tan atau warna yang setona dengannya.

Beli The Sparkle Shawl (Twilight)Heeejabbymw atau Tudung2u

Padanan warna-warna ini adalah sekadar cadangan kami untuk memberikan kamu lebih idea untuk memadankan warna tudung dan baju. Kamu boleh mencuba sendiri dan olah mengikut citarasa fesyen kamu.

 

p/s : Jual tudung pun boleh dapat komisen yang tinggi ?? Macam mana caranya ??
Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut – #TeamHeeejab

of_DROPSHIP&-AGENT