Fantastic! Dress Diinspirasi Semangat Tun Teja Bernilai RM15K, Diperaga Mira Filzah Jadi Tumpuan Mat Salih Sempena New York Fashion Week

Fantastic! Dress Diinspirasi Semangat Tun Teja Bernilai RM15K, Diperaga Mira Filzah Jadi Tumpuan Mat Salih Sempena New York Fashion Week

Artis, OOTD, Out & About, Wedding

Kalau dah namanya model, kat mana sahaja boleh beraksi tanpa gentar dengan bakat yang dianugerahkan.  Itulah kebolehan yang ada berhijab yang kecil molek ini, Mira Filzah.

Dia yang sebelum terjun ke dunia lakonan adalah seorang model sambilan dan wajahnya sering menghiasi dada majalah.

PERNAH BERGELAR MODEL

Dek kerana pengalamannya itu, Mira Filzah baru-baru ini mendapat peluang untuk beraksi sebagai model  ‘catwalk’ di pentas antarabangsa sempena Minggu Fesyen New York September lalu di kota metropolitan itu.

Nampaknya, kelebihan pernah beraksi sebagai model, membolehkan Mira dipilih oleh pereka Eja Sharil untuk menggayakan baju rekaannya.

Cukup memukau sekali gaya Mira yang begitu ‘outstanding’ dengan penampilan ala bak Tun Teja di pentas berkenaan ditambah dengan kejelitaan wajahnya yang begitu menyerlah.

CIRI-CIRI ISLAMIK

Bukan itu sahaja, busana pengantin rekaan Eja Shahril ini juga turut dipuji netizen kerana mengutamakan ciri-ciri Islamik dalam setiap rekaannya.

Ternyata pemilihan Mira sebagai model untuk pereka ini begitu tepat kerana rata-rata tetamu juga turut terpukau dengan lenggok Mira yang persis model antarabangsa terkenal.

SIKAP LEMBUT MIRA

Menurut perekanya Eja Shahril, pemilihan Mira adalah kerana sikapnya yang berani, lembut dan cantik seperti Tun Teja.

Dia mengambil masa 3 bulan untuk menyiapkan dress yang diperbuat dari fabrik Eksklusive Jaguat rona lilac dan cream.

“Setelah diperaga, ramai pihak yang berminat untuk memiliki dress berkenaan, tetapi kami tidak menjualnya. Cuma ada ambil order dan buat tempahan lain,” ujar Eja ketika dihubungi.

MENURUTNYA JUGA, DRESS CIPTAANNYA INI DIINSPIRASIKAN DARI TUN TEJA YANG TERKENAL DENGAN KEBERANIAN DAN KECANTIKANNYA. EJA KEMUDIAN MENTERJEMAHKAN DUA SIFAT TUN TEJA INI PADA SEHELAI DRESS YANG CUKUP ANGGUN DAN MEMPESONA.

“Bagi pasaran di New York, saya memang menjurus kepada ‘back to basic’ dalam konsep Islamik. Tidak terlalu sarat dengan mesej keagamaan kerana tidak mahu mereka lihat apa yang dibawa tidak boleh diaplikasi oleh mereka.

“Dress rona pastel ini diperbuat daripada material Eksklusif Jaguat dengan hanya taburan sedikit swarovski  untuk memperindah rekaan.

“Orang sana tidak gemarkan lace dan penampilan terlalu sarat,” tambahnya lagi yang turut diberi peluang untuk bekerjasama dengan sebuah restoran di sana membekalkan persalinan kurung dan kurung Nyonya untuk semua krew.

Selain baju digayakan Mira, Eja Shahril  yang sebelum ini pernah mencetus kontroversi mencipta hijab tudung saji juga turut memperagakan busana pengantin lain yang juga tidak kurang menariknya.

Mira yang mempunyai follower berjumlah 2.2 juta di instgram ini turut berkongsi momen sepanjang minggu fesyen itu di laman Ignya.

Artikel BerkaitanLayan 15 OOTD MIra Filzah Paling Trending

Rata-rata netizen memuji kejelitaan Mira yang nampak begitu sweet sambil menggayakan tudung labuh menampilkan ciri Islamik yang sedap mata memandang.

KREDIT FOTO: MIRA FILZAH & EJA SHAHRIL

Sumber : Hijabista