Fesyen Baju Tidur? Ikuti Gaya Pajamas Selebriti Paling Bergaya

Fesyen Baju Tidur? Ikuti Gaya Pajamas Selebriti Paling Bergaya

OOTD

 Fesyen Baju Tidur? Ikuti Gaya Pajamas Selebriti Paling Bergaya

Dulu jika keluar bersiar-siar memakai baju tidur pasti dianggap selekeh dan pemalas bukan? 

Tapi sejak-sejak ini di pasaran anda akan dapat lihat jenama fesyen terkemuka seperti Zara, Mango atau H&M mengeluarkan koleksi rekaan baju tidur yang kebanyakan darinya diperbuat dari kain satin licin. Bercirikan kolar dan bentuk leher ‘V’ membuatkan baju tidur tersebut boleh dijadikan sebagai street style dan menghadiri acara malam.

Jangan tanya siapa mulakan trend ini tapi apa kata kita lihat seleksi selebriti yang tampil gaya tidur di pelbagai acara. Confident habis! 

#1 Zendaya – lain dari lain! Baju tidur berkilat ini nampak glamor sangat. 

Foto – Getty Images
#2 Demi Lovato – Simple dan 100% seksi pada tubuh Demi. 

Foto – Getty Images
#3 Celine Dion – bukan calang-calang gaya baju tidur dari penyanyi legenda ini. Jenama Louis Vuitton! 

Foto – Getty Images
#4 Elle Fanning – tetap manis dalam sepersalinan baju tidur jenis romper. 

Foto – Getty Images
#5 Hailey Baldwin – gaun baju tidur milik model ini terletak dan tampil anggun dengan sepatu tinggi. 

Foto – Getty Images
#6 Anna Kendrick – Macam mana lah Anna boleh selamba pakai pajama ini? Sebab ia cantik dan sangat fashionable! 

Foto – Getty Images
#7 Gigi Hadid – gabungan but dan pajama paling elok! Belahan leher V crop pajama Gigi serius menarik mata memandang.

Foto – Getty Images
#8 Kim Kardashian – Wrap pajama Kim K beri ilusi pinggang lebih langsing dan pertama kali nampak Kim K tampak lebih rileks. 

Foto – Getty Images
#9 Selena Gomez – biasa tapi kasut dan bibir merah Selena beri statement lookyang gah walaupun dengan baju tidur. 

Foto – Getty Images
#10 Rihanna – Mungkin kita boleh panggil Rihanna sebagai ‘Queen of Pajama’. Sandal berbulu dan segelas wine? Slayyyyy…

Foto – Getty Images
#11 Jessica Alba – kasut tumit tinggi itu menyelamatkan beliau dari tidur mungkin? Cantik! 

Foto – Getty Images
#12 Rashida Jones – gaya romantis dari baju tidur ini mengalahkan gaun biasa bukan? 

Foto – Getty Images

Jangan ingat perempuan sahaja tau! Lelaki pun boleh tampil bergaya keluar dengan pakai baju tidur. 

#13 Ryan Gosling – bijak Ryan mengenakan celana putih untuk tidak berlebih dalam fesyen pajama beliau. 

Foto – Getty Images

Kelakar pula bila teringat dulu gigih orang nak buat parti bertemakan baju tidur. Kini konsep itu dah lapuk mungkin? Sehingga di karpet merah dan pentas fesyen peragaan pun dah jadikan baju tidur sebagai koleksi eksklusif. 

Tips untuk tampil sepersalinan baju tidur seperti selebriti di atas sangat mudah! Anda kena rajin bereksperimentasi dengan aksesori. Lihat, mereka cuma menambah aksesori seperti kaca mata, subang dan paling penting ialah gaya kasut anda itu. 

Nak cuba? 

Kongsi dari : Wanista