Penghijrahan selebriti ini selepas pulang daripada menunaikan ibadah Haji empat tahun lepas  memberi khabar gembira buat peminatnya.

Muncul dengan genre muzik tersendiri menjadikan penyanyi Najwa Mahiaddin tetap diminati biarpun telah berhijab.

Walaupun kemudiannya penyanyi yang popular dengan lagu Got To Go ini mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seorang pemuzik yang juga mualaf, Idris Koh namun aktiviti seninya tetap berjalan lancar.

Biarpun ceritanya jarang berada di dada akhbar, tetapi follower beliau boleh mengikuti apa jua aktiviti melalui laman instagram yang kini berjumlah 78.5K.

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ini juga sebenarnya agak low profile. Kelibatnya jarang dilihat ketika majlis hiburan bukan kerana memilih acara, namun kerana sikapnya lebih suka menghabiskan masa di rumah dan membuat kerja-kerja berkaitan muzik.

Biarpun tanpa paparan cerita menarik di media, Najwa yang pernah memenangi  kategori Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Terbaik  Anugerah Industri Muzik pada 2011 tetap meneruskan langkah dalam bidang seni dengan jayanya.

Perkembangan terbaru dalam satu temu bual bersama Sinar Harian Online, Najwa kini aktif berkarya di belakang tabir dalam menghasilkan lagu untuk artis lain. Dalam masa dia juga bakal muncul dengan album kedua tahun depan.

Admin sebenarnya suka melihat foto-foto yang dimuat turun dalam laman sosialnya itu. Gayanya cukup stailo biarpun tampil berhijab.

Najwa juga begitu selesa menggayakan busana berwarna hitam yang seakan menjadi trademark dirinya.

Hitam bukan sebarang hitam kerana gaya yang ditampilkan sangat berbeza. Najwa gemar sekali menggayakan baju berlapis yang menjadi trend anak muda sekarang.

Sesekali Najwa juga tampil bergaya dengan busana warna putih atau warna polos lain. Paling menarik lilitan hijabnya yang digayakan dalam stail tersendiri memperlihatkan sisi menarik penyanyi bersuara mantap ini.

Ini dia 10 gaya Najwa yang paling menarik dan lain daripada yang lain.

1. #Wow

2. #Future

3. #Stailo

4. #Symmetry

5. #MyHijab

 

Österreichische Nationalbibliothek, Vienna • • • #womeninrickowens #rickowens #hijab #vienna #austria

A post shared by Najwa Mahiaddin (@najwamahiaddin) on

6. #Nice

7. #Support

8. #Amazing

9. #Love

10. #Santai

KREDIT FOTO: INSTAGRAM NAJWA MAHIADDIN

Share dari : Hijabista