Gabrielle Chanel, Haruman Mewah Milenial

Gabrielle Chanel, Haruman Mewah Milenial

Out & About

Tahun Ini Chanel Mahu Melakar Sejarah Baharu Buat Harumannya. Mereka Mahu ‘Mencipta’ Satu Nama Signature, Botol Dan Aroma Baharu. 

Chanel mahu berkongsi mesej keberanian dan mesej itu mahu disampaikan menerusi sebotol haruman yang dinamakan Gabrielle Chanel.

Seperti disebut tadi, Gabrielle Chanel adalah haruman untuk wanita yang yakin dengan keputusan dan pilihan diri mereka sendiri. Haruman Gabrielle Chanel mengajak semua wanita menyubur kepercayaan kepada diri sendiri bahawa mereka mampu melakukan apa sahaja yang mereka mahukan, mengikut suara hati dan tidak mudah goyah.

 

Mesejnya mudah, Chanel mahu kita menentukan hala tuju hidup kita sendiri, memilih jalan yang kita mahukan, bukannya berpandukan pada kehendak orang lain. Semuanya dibikin atas pilihan diri sendiri. Malah orang Chanel mengakui Gabrielle adalah haruman tepat menterjemahkan karekter diri Gabrielle Chanel.