Normal bagi setiap perempuan yang pasti akan mengalami masalah jerawat sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Siapa yang tak risau kalau muka ada masalah jerawat yang teruk.

Bila dah timbul masalah sebegini, kita pasti akan mencuba pelbagai cara untuk memulihkan wajah. Baik dari segi perubatan mahupun tradisional. Berbeza dengan gadis ini, dia berjaya merawat kulit wajahnya dalam masa 4 bulan tanpa menggunakan sebarang produk berjenama.

Ikuti perkongsian daripada @fahnaaa di laman Twitternya.

Ramainya tanya mcm mana saya recover. Ok ini thread pendek mcm mana saya recover dalam masa 4 bulan ya:

1) Before Breakout

2) Breakout

3) Now

 

Based on my experience ya

1) Cut Toner, cleanser, serum etc.

2) Guna Oil Free Moisturizer

3) Gantikan Face Wash dgn Micellar water

 

Steam muka 3 hari sekali. Cara nak steam:

1) Wipe out all the dirts dgn micellar water

2) Bilas muka dgn air suam+garam bukit

3) Ambil air panas

4) Isi air panas separuh,rendam uncang green tea sampai kembang

5) Lepas dah kembang, tambah air panas sampai full

6) Add sikit garam bukit

7) Steam dalam 10 minit

8) Ambik tisu dan tarik semua whitehead in upward motions

9) Bilas dgn air sejuk

 

Ok settle steam. Now next. Homemade Mask

1) Ambik uncang teh tadi, campurkan dgn madu dan jadikan mask dekat muka (ni paling mudah) atau

2) Raw aloe vera + raw honey. Pastikan getah dari daun aloe vera dah habis keluar ye baru guna to prevent irritation

3) Beras + susu masker

3 bulan lebih betul2 semua bump , acne kecik2 semua hilang.

Before that, masa teruk ni saya terus jumpa Dr. Makan accutane utk sebulan redakan bengkak2. Lepastu proceed dgn these steps.

 

Sambung sikit utk Daily Routine

1) Pagi – basuh muka dgn air suam+garam bukit

2) Cuci dirts dgn micellar water even pakai bedak je (penting)

Strictly guna air filter sahaja for the few months. Air paip memang elak dari kena muka kecuali ambik wudhu’.

Isi air filter dalam botol campur dengan garam bukit. Letak tepi bilik air jadi setiap pagi tak culas nak cuci guna air masak+garam bukit.