Berbicara tentang fesyen hijab Plus Size, pastinya kita akan terfikir untuk tampil lebih  stylishdengan padanan hijab yang boleh disuai padan dengan pakaian bersesuaian.

Bagi yang bertubuh langsing, mungkin tidak menjadi masalah dalam mencari padanan baju. Tetapi untuk mereka yang bertubuh Plus Size, kebanyakan dari anda pastinya bingung harus menggayakan hijab yang bagaimana sesuai denganpenampilan.

Biarpun memiliki tubuh berisi, tidak bererti anda tidak boleh tampil bergaya seperti si kurus.

Admin mahu kongsi beberapa tip dalam berpenampilan agar tidak memilih baju yang kurang sesuai dengan bentuk fizikal kita.

Bagi yang memiliki tubuh berisi, hindari memilih baju berikut:

1. Skinny jeans

Jeans berbentuk pensil ini memang paling sesuai dipakai untuk aktiviti sehari-hari. Tetapi kalau anda mempunyai tubuh sedikit berisi, terutama pada bahagian kaki, ada baiknya hindari memakai skinny jeans. Seluar jeans model ini hanya akan menampakkan bentuk kaki yang gemuk. Selain itu, lipatan di bahagian kaki juga akan lebih terserlah.

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.709381.1501129711!/image/image.jpg

2. Stripe Horizontal

Kita semua tahu bahwa orang bertubuh Plus Size tidak digalakkan memakai baju dengan motif garis horizontal. Motif ini akan membuat tubuh kamu semakin lebar dan berisi. Jika ingin bermain dengan motif garis, maka pilihlah garis vertikal yang dapat memberi ilusi badan lebih ramping dan jenjang.

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.709372.1501129356!/image/image.jpg

3. Motif Sarat

Baju dan hijab dengan warna polos ada kalanya terlihat membosankan dan anda ingin memakai pakaian yang ada motifnya. Dalam memilih motif pun sebaiknya hindarkan baju bermotif  kerana terlalu sarat atau besar. Motif seperti ini memperlihatkan tubuh semakin berisi dan penuh sehingga badan yangg gendut jadi lebih menonjol. Pilih baju atau hijab dengan motif yang ringkas dan tidak sarat untuk menciptakan ilusi kurus dengan pilihan warna yang sesuai.

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.709375.1501129438!/image/image.jpg

4. Detail pada Pinggang

Padanan busana atasan atau dress yang sedikit longgar di pinggang? Hmm…kalau begitu, jangan tambahkan ikat pinggang atau aksesori di atas toppers. Ini kerana detail pada pinggang boleh menonjolkan dada serta pinggul anda yang lebar. Pilihlah busana yang longgar namun tetap sesuai di tubuh.

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.709379.1501129630!/image/image.jpg

5. Frill Blouse

Busana atasan jenis ini memang terlihat cantik dan memberi sentuhan feminim. Tapi buat anda yang bertubuh gemuk, jangan pakai jenis frill blouse. Peranan frill yang biasa ada pada bagian dada akan memberi ilusi dada dan bahagian tubuh atas menjadi lebih penuh dan berisi. Itulah sebabnya, jauhkan blouse yang ada frill untuk dipakai sebagai toppers.

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.709383.1501129780!/image/image.jpg

6. Kolar Pendek

Busana kolar pendek memang paling selesa dan praktis digunakan. Tapi anda sebaiknya tidak memakainya kerena busana ini tidak boleh menutup dada dan membuat leher menadi semakin gendut.

Pakaian yang seeloknya dipakai:

1. Maxi Dress

Maxi dress sangat cocok dipakai untuk segala bentuk tubuh termasuk tubuh besar. Jangan ragu untuk memakai maxi dress. Ada pelbagai model maxi dress seperti abaya dan kaftan. Anda boleh kombinasikan dengan ‘outerwear’ untuk tampil lebih moden seperti jaket denim atau blazer.

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.709389.1501130556!/image/image.jpg

2. Pleated Dress

Kalau anda memfokuskan yang  utama menutupi kekurangan pada pinggul dan bahagian bawah tubuh yang besar, pleated dress sesuai dengan tubuh. Dress dengan rekaan berlipat pada bahagian kain akan menyembunyikan bahagian perut dan pinggang yang besar sehingga membuatkannya nampak lebih kemas. Pilihlah dress berwarna gelap agar tubuh anda kelihatan langsing.

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.709390.1501130635!/image/image.jpg

3. Outerwear

Bagian dada yang terlampau besar dan menonjol boleh diselindungkan dengan padanan outerwear seperti blazer, jaket denim, mahupun cape. Dengan memberi lapisan luar pada penampilan busanamu, dijamin masalah pada bahagian dada akan diatasi. Untuk sebahagian tubuh yang harus ditutup, pastikan kamu memilih outerwear yang tidak terlalu ketat tetapi sesuai pada tubuh.

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.709391.1501130853!/image/image.jpg

4. Maxi Skirt

Pilihan busana bawahan yang paling selesa adalah maxi skirt. Padankan maxi dengan blouse atau kemeja polos yang mempunyai gaya sederhana dan tidak menonjolkan bentuk dada.

5. Seluar Slack

Busana bawahan yang lebih sesuai untuk tubuh saiz besar ialah seluar slack yang longgar. Seluar seperti ini sangat sesuai digunakan dalam cuaca panas kerana materialnya  yang ringan dan dapat menutupi lekuk kaki yang besar. Untuk pemilihan warna pula, pilih yang sesuai dengan keinginan atau warna gelap agar kaki tampak ramping.

Shawl  atau Pashmina

Hijab juga tidak boleh anda pilih sebarangan, haruslah sesuai dengan padanan toppers. Buat anda yang mempunyai pipi chubby, shwal dan pashmina adalah pilihan tepat untuk dijadikan hijab kerana boleh digayakan dengan cara yang sesuai mengikut dengan bentuk muka. Tambahkan hiasan hijab yang sesuai dan jangan terlalu besar untuk diperhiaskan dengan hijab yang digayakan.

Share dari http://www.hijabista.com.my/trending/gadis-plus-size-perlu-elak-pilih-5-baju-ini-untuk-tampil-lebih-menawan-1.709264