Gaya Elegan & Santun Bella Dally

Gaya Elegan & Santun Bella Dally

Artis

Sejak berhijab, aktres jelita Nabilah Ali Dally atau lebih dikenali sebagai Bella Dally tidak pernah salah gaya. Penampilannya yang elegan turut memikat Galeri Ariani untuk menyuntingnya menjadi duta mereka dan Bella tidak pernah lekang dari menggayakan helaian daripada Ariani dalam apa jua persalinannya.

Bijak menyuai padan, Bella yang sememangnya tinggi lampai dan punya raut manis tampil anggun dalam busana santunnya. Sama ada gaya santai ataupun ke acara formal gadis kelahiran Sabah ini cukup berseri menggayakan fesyen hijab dengan pilihan sepadan.

Tunang kepada aktor Nazim Othman ini juga antara selebriti kesukaan pereka fesyen tempatan, Bella turut menyarung ilham mereka dan lebih hebat dengan kombo gaya hijabnya yang ringkas namun masih stylish. Jelita himpun gaya terbaik Bella dari akaun Instagramnya untuk tatapan anda dan boleh dijadikan inspirasi menjelang raya nanti.

 

 

 

 

Share dari http://www.jelita.com.my/fesyen/gaya-elegan-hijab-bella-dally/