Gaya Percutian Fathia Latiff Selepas Berhijab

Gaya Percutian Fathia Latiff Selepas Berhijab

Artis

Ramai tahu yang Fathia Latiff kini sudah pun berhijab sepenuhnya. Niat mahu berhijab sudah lama tersimpan dan secara perlahan-lahan dia melangkah ke arah penampilan yang lebih sopan dan sempurna.

 

Melihat pada akaun Instagram Fathia, aktres jelita ini kelihatan anggun menawan dengan penampilan terbarunya itu ketika bercuti di Greece bersama adik perempuannya, Fasiha Latiff.

 

Gaya dan stail Fathia kini sedikit sebanyak memberikan inspirasi buat gerobok fesyen peminat-peminatnya. Majoriti pengikut Fathia di Instagram teruja dengan perubahan drastik yang dibawa Fathia dalam penampilannya kini.

 

EH! kongsi gambar gaya Fathia Latiff ketika bercuti dengan imej terbarunya kini yang sudah berhijab sempurna.

  • 2