Gaya tudung dari Asyikin

Gaya tudung dari Asyikin

Tutorial Hijab

Walaupun tutorial ni dah ramai dan banyak kali orang buat tapi still bila try xmenjadi 😪 mana tau follow dari video ni terus jadi and cantik terletak

Langkah-Langkah Memakai Tudung

 

Langkah Pertama

  • Pakai inner neck seperti biasa. Kemudian pakai tudung dengan kiri pendek dan kanan panjang. Pinkan di belakang.

Langkah Kedua

  • Letakkan peniti di kedua-dua sisi bawah supaya kelihatan lebih kemas.

Langkah Ketiga

  • Naikkan bahagian tudung yang pendek ke atas dan letakkan peniti. Kemudian tarik lebihan tudung yang pendek itu ke sebelah kanan untuk di pinkan di kepala.

Langkah Keempat

  • Letakkan tudung yang panjang terus di atas kepala dan penitikan-nya di sebelah sisi kiri.

Langkah Kelima

  • Ambil lebihan tudung di sebelah kiri tadi dan pinkan di bahu.

Langkah Keenam

  • Letakkan peniti lagi di sisi kepala sebelah kanan supaya tudung tidak bergerak dan terletak .

Langkah Ketujuh

  • Kemaskan tudung mengikut keselesaan kamu dan siap .

Selamat Mencuba 😉