Gigi Hadid Dikecam Teruk Kerana Memakai Hijab

Gigi Hadid Dikecam Teruk Kerana Memakai Hijab

OOTD

Supermodel Gigi Hadid Dipilih Sebagai Wajah Depan Edisi Pertama Untuk Majalah Vogue Arabia Keluaran Mac 2017. BravoGigi! Tetapi Wajah Depan Majalah Itu Yang Menampilkan Gigi Memakai Hijab Dikecam Oleh Netizen Seluruh Dunia.

gigi hadid vogue arabia

Majalah Vogue Arabia adalah edisi Vogue yang ke-22 di dunia dan ia merangkumi fesyen dan selebriti seluruh negara Timur Tengah seperti  Arab Saudi, Bahrain, Qatar, Kuwait dan Oman. Selepas isu pertama Vogue Arabia dilancarkan, satu dunia kecoh apabila Gigi Hadid memakai hijab!

Gigi yang berdarah kacukan Palestin dan Belanda dikecam kerana menggunakan hijab sebagai fesyen walaupun ayahnya, Mohammed Hadid seorang muslim. Peminat mengecam Gigi kerana dia tidak mengamalkan kehidupan sebagai seorang muslim dan foto dia berhijab seolah-olah memperlekehkan hijab yang sangat sinonim dengan wanita muslim.

gigi hadid vogue arabia

 

Gigi menerusi Instagramnya memuatnaik foto tersebut berbangga mempunyai darah Palestin dan berharap Vogue Arabia dapat membawakan sisi fesyen lain dari pelbagai budaya terutamanya dari negara Timur Tengah.

“I think the beautiful thing about there being international Vogue’s is that, as a fashion community, we are able to celebrate, and share with the world, different cultures. Being half-Palestinian, it means the world to me to be on the first-ever cover(s) of @voguearabia, and I hope that this magazine will show another layer of the fashion industry’s desire to continue to accept, celebrate, and incorporate all people & customs and make everyone feel like they have fashion images and moments they can relate to… & learn and grow in doing so”.

Wajah depan Vogue Arabia ini menjadi trending di Twitter dan orang ramai mula memberikan komen dan pendapat masing-masing.

gigi hadid vogue arabia

gigi hadid vogue arabia

Foto: Instagram.com/voguearabia

Sumber : http://cosmopolitan.my/gigi-hadid-dikecam-teruk-kerana-memakai-hijab/