Gincu Durian Musang King Bakal Di Jual Di Malaysia

Gincu Durian Musang King Bakal Di Jual Di Malaysia

Makeup

Boleh dikatakan rakyat Malaysia ni sangat sukakan buah durian. Siapa yang tak sukakan dengan rasa durian yang manis dan berlemak.

Kalau sebelum ini ada kopi perisa durian dan kondom durian, bagaimana pula jika ada gincu berperisa durian

 

Berita baik bua;t ‘hantu durian’, jenama kosmetik, Elianto bakal melancarkan gincu “Elianto Musang King”. Gincu tersebut didatangkan dalam warna kuning terang sama seperti isi buah durian.

Durian-Flavoured Lipstick

Lebih menarik, gincu tersebut mempunyai bau durian yang kuat sama seperti bau Musang King.

“Saya sentiasa teringin nak makan durian bila tiba musimnya. Tapi lepas ni saya boleh rasa buah durian bila-bila masa je dengan hanya menjilat bibir sahaja,” kata salah seorang testimoni pelanggan.

Walau bagaimanapun, Elianto memberitahu gincu berperisa durian itu masih belum dipasarkan lagi dan akan diberitahu kelak.

Kongsi Dari: Hanasuva