Guna Tudung Lama Untuk Buat Kaftan… Jahit Tangan Je!

Guna Tudung Lama Untuk Buat Kaftan… Jahit Tangan Je!

Tutorial Hijab

7954793700_d39945b5f0_b-1024x592

Kaftan adalah pakaian palaing mudah dan paling selesa untuk digayakan. Bukan sahaja cantik dan tampak klasik bahkan si pemakai boleh gayakan dalam banyak cara untuk nampak trendy dan fashionable!

Jom Wanista ajarkan cara bagaimana korang boleh jahit kaftan satin sendiri menggunakan hanya dua helai tudung satin segi empat sama. Well, ini adalah cara praktikal macam mana korang boleh kitar semula barang-barang lama daripada membuangnya. Cool kan?!

7954796506_3a8006ec34_b-e1510384371960

Sumber: styleslicker.com

Barang yang diperlukan:

  • Dua helai tudung satin segi empat
  • Benang
  • Jarum
  • Pita pengukur 
  • Gunting
  • Jarum peniti

 
Cara:

1. Gosok kedua-dua helai tudung tersebut sebelum menghamparkannyapada permukaan meja yang rata agar sennag untuk mengukur dan menjahitnya.

7954796292_7468f51b6a_b-1-768x513

Sumber: styleslicker.com

2. Selepas itu, lipat dua skraf tersebut untuk dapatkan garisan tengah. Sisipkan pin sebagai tanda untuk bahagian tengah.

7954795602_5f9b925f5d_b-e1510384587109

Sumber: styleslicker.com

3. Dengan bantuan daripada orang lain, acukan skarf pada badan anda, sisipkan pin sebagai penanda bahu kanan dan kiri. Pastikan ia betul-betul menandakan tulang bahu anda kerana disitu akan dijahit. 

4. Lakukan perkara yang sama pada skarf yang lagi satu.

7954794860_9e9676ef7d_b-768x554

Pastikan kain tidak terbalik. Cari bahagian hadapan skraf sebelum mula menyemat pin.

Sumber: styleslicker.com

5. Tetapi kali ini semasa mengacu pada bahu cuba tindihan sisipan kain antara skarf satu dan skarf dua.

6. Alihkan daripada badan kemudian letak semula di atas permukaan rata.

7954795998_fd30819286_b-768x513

Sumber: styleslicker.com

7. Pilih warna benang yang bersesuaian dengan rona kain sebelum menjahit untuk mencantukan kedua-dua skraf tadi.

7954795158_58e9e9cc6b_b-e1510384653666

Sumber: styleslicker.com

7954794072_7bb94e137d_b-e1510384556488

Sumber: styleslicker.com

8. Pastikan jahitan tangan dilakukan dengan kemas menggunakan trik jahitan jelujur yang halus.

9. Terbalikan bahagian skraf untuk mula menjahir bahagian tepi badan. 

7954794280_8b4444a51b_b-768x554

Sumber: styleslicker.com

10. Pastikan anda menjahit 22 inci daripada bahagian kain paling bawah hingga ke bahagian ketiak.

7954793700_d39945b5f0_b-1024x592

Sumber: styleslicker.com

11. Siap! Gayakan kaftan pendek ini bersama tali pinggang!

Selamat mencuba! 

Kongsi dari : Wanista