Halima Aden Terus Mencipta Nama Dalam Dunia Peragaan

Halima Aden Terus Mencipta Nama Dalam Dunia Peragaan

Out & About

Nama Halima Aden kini terus mendapat sambutan dalam dunia peragaan. Beberapa minggu lalu, Aden telah dipilih sebagai model dalam pertunjukkan fesyen jenama Yeezy season 5 milik selebriti terkenal Kanye West di Minggu Fesyen New York namun Aden tidak berhenti hanya setakat itu. Dia terus mara dalam menempa nama dalam dunia peragaan sebagai model yang berhijab.

Gambar: sumber google

Aden yang baru berusia 19 tahun telah menandatangani kontrak dengan agensi modeling terkemuka di IMG Model. Baru-baru ini dia telah menjadi model untuk pertunjukkan fesyen Yeezy season 5 di New York dan itu adalah kemunculan pertamanya dalam dunia peragaan, Selain itu, dia turut menghiasi muka depan isu terbaru CR Fashion Book.

Kali ini, Aden telah menjadi model kepada pertunjukkan fesyen Alberta Ferretti di Minggu Fesyen Milan. Satu lagi pertunjukkan fesyen yang digayakan oleh Carine Roietfeld, individu yang bertanggungjawab membawa Halima Aden ke dalam dunia peragaan. Turut menyertai model baru dari IMG ini di pentas peragaan jenama itu ialah Gigi Hadid, Sara Sampaio dan Elsa Hosk.

Aden tampak sangat anggun dan berkarisma dengan hijabnya ketika menggayakan busana di atas pentas peragaan. Ini adalah detik permulaan untuk gadis berketurunan Somalian-Amerika ini.

 

 

Share dari : http://www.jelita.com.my/fesyen/halima-aden-terus-mencipta-nama-dalam-dunia-peragaan/