Hidung Bersih Licin Daripada Blackhead Lepas Guna 2 Benda ini Dalam Masa 20 Saat!

Hidung Bersih Licin Daripada Blackhead Lepas Guna 2 Benda ini Dalam Masa 20 Saat!

Kecantikan, Out & About

Hampir semua orang punya masalah kulit paling ketara iaitu blackhead, whitehead dan sebaceous filaments. Ramai yang mungkin tersalah anggap bahawa blackhead dan sebaceous filaments adalah sama. Blackhead sebenarnya benjolan kecil yang muncul pada kulit anda kerana folikel rambut tersumbat. Benjolan ini dipanggil blackheads kerana permukaan kelihatan gelap atau hitam. Blackheads adalah jenis jerawat yang ringan yang biasanya terbentuk di wajah.

Manakala sebaceous filament pula adalah pembentukan seperti rambut yang menyalurkan sebum (minyak) di sepanjang lapisan liang pori. Sebaceous filament ini adalah semula jadi dari struktur liang kulit. Sebaceous filament ini akan lebih kelihatan jika kulit kamu berminyak.

blackhead sf

Foto — Google

Gadis yang menggunakan tweet handle @hunnyduchovni ini sebenarnya terjebak dengan tips yang diberikan oleh seorang pengguna twitter lelaki yang sebelum ini terdahulu merekomen produk dari Innisfree ini. Dengan kos hanya RM33, korang mampu menghilangkan SF (sebaceous filament) dan blackhead!

1

Cara ini dipercayai lebih selamat berbanding menggunakan pore strip yang akan membuatkan liang pori menjadi lebih besar. 

Innisfree Blackhead Out Balm — RM22

2

Eco Beauty Tool Blackhead Goodbye Finger Tip Silicon 1ea — RM11
4

Cara Guna

  1. Sapu balm dekat hidung atau kawasan yang ada blackhead, atau sebaceous filaments.
  2. Gosok kawasan yang disapu balm tadi menggunakan alat blackhead goodbye finger.
  3. Cuci kawasan-kawasan tersebut dengan air. Kemudian sapu atau roll ais dekat hidung untuk kecilkan liang pori yang terbuka.

 

3

Steam muka dahulu kalau ada whitehead

5

Pakai 1 – 2 kali seminggu

4

Beli dekat mana-mana outlet Innisfree ataupun website Innisfree

Sumber — twitter @hunnyduchovni