HIJABI BERGAYA SAKAN DI PENTAS KLFW. MEMANG CANTIK & MEMUKAU!

HIJABI BERGAYA SAKAN DI PENTAS KLFW. MEMANG CANTIK & MEMUKAU!

Artis, OOTD, Out & About

1

Minggu Fesyen Kuala Lumpur Ready to Wear telah dirumuskan pada tahun 2013 sebagai platform B-2-C untuk pereka Malaysia mempamerkan Koleksi Sedia untuk Dipakai dan akhirnya menyerlahkan kekuatan serta kreativiti industri fesyen Malaysia kepada pelanggan tempatan dan antarabangsa.

Sempena ulang tahun kelimanya tahun ini, KLFW RTW 2017 telah menyampaikan gabungan menarik para pereka di ibu negara Malaysia selama lebih dari 5 hari. Seramai hampir 150 pereka telah mempamerkan koleksi “Runway” yang tidak pernah dipertontonkan kepada umum sebelum ini. KLFW RTW 2017 telah bekerjasama bersama TOURISM MALAYSIA dan Rakan Pelancongan dan AIRASIA.

Jom semak gaya hijabi yang boleh dijadikan inspirasi kita untuk terus bergaya.

DATIN VIVY YUSUF kalau bergaya memang win.

Memperagakan busana @laguna.sydney and @andybandyofficial

 

MIA AHMAD tampil stylo dengan padanan aksesori di pinggang ala korset

 

BELLA DALLY tampil berbeza dengan gaya yang ranggi

 

FATIYA LATIFF tampak ringkas dan lebih menonjol dengan sarungan rona jingga

 

JAJA merupakan salah seorang tulang belakang FASHIONVALET dilihat tetap bergaya cantik

 

EIDA KADIR seorang model yang sentiasa menjadi tumpuan ramai.

 

MIZZA RAZAK pengikut setia fesyen tanah air

 

ATINA ABDULLAH seorang pereka grafik yang tidak ketinggalan untuk turut hadir ke KLFW

 

AJEERATUL blogger fesyen yang genit ini tetap win dalam bab bergaya

 

ADIRA SALAHUDI pemilik eoa.official ini tampak manis bagaikan pelakon korea

Share dari : Hijabista