Hollywood : Siapa Selebriti Yang Lebih Cantik Bergaya Dalam Persalinan Serupa?

Hollywood : Siapa Selebriti Yang Lebih Cantik Bergaya Dalam Persalinan Serupa?

Artis

Siapa yang paling bergaya menyarung persalinan tersebut? EH! himpunkan gambar selebriti Hollywood dalam persalinan yang sama.

 

Lily Aldridge VS. Josephine Skriver

 

1

Mereka adalah Angel Victoria’s Secret! Dua model ini memilih untuk mengenakan slip dressmaterial velvet rekaan backless dari Khaite.

 

Shay Mitchell VS. Selita Ebanks

2

Mitchell mengambil risiko mengenakan sut dari Rachel Zoe Collection dengan mendedahkan dadahnya untuk tampak lebih seksi, manakala model Selita menggayakannya dengan lebih tertutup.

 

Ivanka Trump VS. Jaime King

3

Isteri kepada Donald Trump ini menyarung kimono bercorak bunga material sutera untuk makan malam bersama Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pada November, tetapi King merupakan orang pertama yang memakainya terlebih dahulu pada April ketika berjalan di karpet merah untuk sebuah acara rasmi.

 

Idina Mencel VS. Kate Walsh

4

Dua bintang ini memilih untuk tampil berani dalam kilauan tetapi Menzel menambah sedikit penggayaan ke atas busana silver tersebut dengan tali pinggang hitam serta floral 3D buckle. 

 

Margot Robbie VS. Melania Trump

5

Aktres filem Tarzan ini yang menyarungnya gaun Gucci inspirasi China tersebut terlebih dahulu ke tayangan perdana filem Tarzan pada tahun lalu dan First Lady ini menggayakannya semula untuk State Dinner di Beijing pada awal bulan lalu.

 

Shonda Rhimes VS. Katy Perry

6

Jaket Chanel ini sememangnya tiada di dunia ini lagi dan dua bintang ini sedang menggayakannya.

 

Miranda Kerr VS. Jenna Dewan Tatum

7

Cetakan bunga-bunga sememang sedang in! Bintang ini membawa kita terbang ke musim bunga dalam top warna-warni Balenciaga yang mana dijual pada harga USD$1,135.

 

Madison Beer VS. Kaia Gerber

8

Nyata corak camo dan crop tops sesuai digandingkan bersama seakan peanut butter dan jeli.

Kaley Cuoco VS. Keltie Knight

9

Dress galaktik Leilou dari Alex Dojcinovic ini bercirikan sulaman bintang dan kilauan menyeluruh. Tidak hairanlah Cuoco dan Knight senyum setiap masa kala menyarungnya.

 

Mindy Kaling VS. Millie Bobby Brown

10

Nope. Anda tidak berada di dalam dunia Upside Down. Kedua-duanya Mindy dan Millie menyarung busana yang sama Roksanda “Harlin” potongan bell sleeve.

 

Melania Trump VS. Jennifer Lawrence VS. Blake Lively

11

Blazer kotak-kotak Ralph Lauren ini baru sahaja muncul di pentas peragaan pada September lalu, tetapi ia telah pun menjadi milik semua orang dari First Lady of United States ke aktres ternama Hollywood.

 

Rihanna VS. Naomi Campbell

12

But YSL berbulu sememangnya dijadikan untuk posing, seperti mana Ri dan Naomi menggayakannya.

 

Demi Lovato VS. Kellie Pickler

13

Bintang ini lebih bersedia untuk ke parti dengan mini silver rekaan Alexander McQueen yang memberikan mood parti musim percutian.

 

Rihanna VS. Gigi Hadid

14

Kedua-dua bintang dan supermodel ini menggayakan maxi dress potongan low-cut rekaan Nina Ricci, yang mana berharga USD$2,150.

 

Katy Perry VS. Kat Graham

15

Robe dress bercirikan sequin rona pelangi ini sememangnya tidak sesuai untuk si penggemar fesyen, itulah sebabnya kenapa dua selebriti yang berani mengambil risiko ini menjadi dua bintang paling sesuai menggayakan dress Attico yang bernilai USD$2,850 ini.

 

Cindy Crawford VS. Jennifer Aniston

16

Dress bercorak floral, tie-front rekaan Proenza Schoulder ini nyata laris bak pisang goreng panas di merata butik, yang mana menjadikan dua bintang ini tampak cukup menawan.

 

Naomi Watts VS. Cindy Crawford VS. Lindsay Lohan

17

Siapa antara tiga selebriti ini yang paling bergaya menyarung midi dress Givenchy ini?

 

Kongsi dari : EH!