“Home Remedy” Yang Mampu Menghilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata Secara Kekal

“Home Remedy” Yang Mampu Menghilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata Secara Kekal

Kecantikan

 Tak Pernah Yakin Nak Keluar Rumah Sebab Ada Lingkaran Gelap Bawah Mata. Benci! Tiap Hari Pun Nak Kena Pakai Concealer Tebal-Tebal. Nah, Ohfesyen Kongsikan Cara Nak Hilangkan Mata Panda Secara Kekal!

Apakah Yang Menyebabkan Lingkaran Gelap

layout 3

Cara Untuk Menghilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

#1  Minyak Badam Manis

almond-essential-oil-500x500

Foto — Google 

Cara-cara

— Sapukan sedikit minyak badam pada lingkaran gelap dan lakukan urutan perlahan dan lembut supaya ianya meresap kedalam kulit kamu. Biarkan ia semalaman dan basuh pada keesokan paginya. 

# Lakukan pada setiap malam sebelum tidur sehingga anda mendapati lingkaran gelap tersebut hilang.

Mengapa ia berkesan?

— Badam adalah sumber vitamin c yang sangat bagus. Minyak daripada badam boleh digunakan sebagai emolien kerana ianya mempunyai ciri-ciri yang membuatkan kulit anda lembut.

Hati-Hati!

— Minyak badam mempunyai dua jenis – pahit dan manis. Minyak badam pahit digunakan dalam aromaterapi dan tidak boleh digunakan pada kulit atau di mulut.

#2 Gel Aloe Vera

gel-aloe-vera

Foto — Google 

Cara-cara

— Sapukan gel pada bahagian bawah mata dan urut untuk beberapa saat. Biarkan ia selama 10-12 minit. Bersihkan dengan pad kapas yang lembab. Berapa kerap anda perlu melakukannya?

# Lakukan sekali pada waktu siang dan sekali sebelum tidur.

Mengapa ia berkesan?

— Aloe vera melegakan dan menghidratkan kulit. Sifat berkhasiatnya mampu mengurangkan pigmentasi di bahagian bawah mata dan membuatkan bahagian kulit yang sensatif pada bahagian tersebut lebih sihat.

#3 Minyak Argan

Marokkaanse-Arganolie-Een-ultiem-Cosmetisch-Product-1

Foto — Google 

Cara-cara

— Sapukan minyak agan pada bahagian bawah mata dengan menggunkan jari manis atau jari kelingking. Tepuk secara ringan untuk meningkatkan penyerapan minyak kedalam kulit. Jangan dibilas.

# Lakukan pada waktu malam, sebelum tidur.

Mengapa ia berkesan?

— Minyak argan adalah minyak yang sangat ringan yang mudah diserap kedalam kulit. Ia mengandungi Vitamin E yang sangat tinggi dan antioksida yang akan merawat tisu kulit di bawah mata dan memulihkan cahaya atau sinaran semulajadinya. Ia bagus untuk mengurangkan kedutan dan garis halus.

#4 Cuka Epal Sider

Heinz Apple Cider Vinegar

Foto — Google 

Cara-cara

— Celupkan putik kapas kedalam cuka epal sider dan sapukan pada bawah mata. Biarkan ia kering dengan sendirinya.

# Ulangi ini dua kali sehari.

Mengapa ia berkesan?

— Mineral, vitamin dan enzim yang terdapat dalam cuka epal sider mengembalikan meremajakan bahagian bawah mata. Dalam bebrapa hari, lingkaran gelap mata anda akan pudar.

Hati-Hati

— Berhati-hati agar tiada cuka yang masuk ke dalam mata anda. Jika ada, bilas mata anda dengan air bersih.

#5 Minyak Kelapa

shutterstock_216984226

Foto — Google 

Cara-cara

— Sapukan minyak pada kulit bawah mata anda. Urutkan dengan lembut dalam gerakan arah jam dan arah lawan jam beberapa kali. Biarkan semalaman.

# Ulangi ini setiap malam sebelum tidur.

Mengapa ia berkesan?

— Sifat berkhasiat dan pelembab minyak kelapa menjadikan kulit anda sihat.

#6 Minyak Castor

castor-oil-1-760

Foto — Google 

Cara-cara

— Sapukan minyak castor pada bahagian bawah mata dan  biarkan semalaman. Lakukan setiap malam.

Bagaimana ia berkesan?

— Minyak castor melembutkan kulit. Ia meremajakan kulit kusam di bawah mata, sekaligus mengurangkan lingkaran hitam dan kedutan.

#7 Timun

Cucumber-Apple-Rings-R1-1800x850

Foto — Google 

Cara-cara

— Potong timun dalam kepingan yang tebal dan letakkan kedalam peti sejuk selama kira-kira 30 minit. Ambil dua keping hirisan timun tadi dan letakkan keatas mata, pastikan ianya menutupi keseluruhan bahagian yang terjejas. Biarkan selama 10 minit, kemudian basuh mata anda dengan air sejuk.

# Dua kali sehari dalam masa seminggu.

Mengapa ia berkesan?

Timun mengandungi sejumlah antioksidan seperti vitexin, orientin, dan cucurbitacin yang membantu merawat lingkaran gelap mata.

#8 Tomato

homegrown-tomatoes-basket

Foto — Google 

Cara-cara

— Campurkan jus tomato dengan jus lemon dan sapukan campuran ini di kawasan yang bermasalah. Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air sejuk.

# Ulangi dua kali sehari selama dua ke tiga minggu.

Mengapa ia berkesan?

— Tomato mengandungi lycopene, bahan phytochemical yng bermanfaat untuk kulit. Lycopene juga didapati dapat melindungi kulit dari kerosakan.

Hati-Hati!

— Jika anda mempunyai kulit sensitif, tambahkan satu sudu kecil air mawar kedalam campuran tadi sebelum anda menggunakan pada bahagian bawah mata.

#9 Uncang Teh Hijau

teh-hijau

Foto — Google 

Cara-cara

— Celupkan uncang teh kedalam air dan sejukkan didalam peti sejuk sebentar. Letakkan uncang the sejuk keatas mata anda selama 15 minit. Kemudian cuci muka anda.

# Lakukannya setiap hari sehingga ada perubahan yang ketara.

Mengapa ia berkesan?

— Lingkaran gelap adalah disebabkan apabila saluran darah di bawah mata mengembang. Teh hijau membantu dalam mengurangkannya kerana ia mengandungi tannin yang mempunyai sifat astringen. Ia mengecilkan salur darah dan kapilari yang mengembang dan membantu mengurangkan pembentukan lingkaran gelap. Mata anda akan terasa segar selepas menggunakan cara ini.

#10 Air Mawar

manfaat-air-mawar-untuk-kecantikan-kulit

Foto — Google 

Cara-cara

— Ambil bebola kapas dan rendamkan ke dalam air mawar Letakkannya dibahagian bawah mata dan biarkannya untuk 15 minit. Basuh dengan air sejuk.

# Lakukannya setiap hari selama empat minggu untuk kesan yang terbaik.

Mengapa ia berkesan?

— Air mawar mempunyai sifat antioksidan yang membantu menguatkan sel kullit dan meremajakan kulit, lalu membantu anda menghilangkan lingkaran gelap.

#11 Madu

Untitled-design59

Foto — Google 

Cara-cara

— Sapukan lapisan nipis madu pada bahagian bawah mata. Biarkan selama 15-20 minit kemudian bilas.

# Ulangi sekali atau dua kali setiap hari

Mengapa ia berkesan?

— Madu adalah sumber utama antioksidan dan mempunyai komponen yang berkhasiat. Ia melembutkan kulit dan membekalkan ‘makanan kulit’ yang diperlukan. Lingkaran gelap anda akan hilang dalam masa yang singkat.

#12 Jus Lemon

615543_620

Foto — Google 

Cara-cara

— Sapukan jus lemon dengan berhati-hati pada bahagian bawah mata dengan menggunakan putik kapas.Biarkan selama 10 minit kemudian basuh.

# Lakukan dua kali sehari.

Mengapa ia berkesan?

— Seperti yang anda tahu, jus lemon mempunyai sifat mencerahkan kulit. Kandungan vitamin c nya juga berfungsi sebagai antioksidan dan meremajakan dan mencerahkan kulit.

Hati-Hati!

— Jangan lupa untuk melembapkan kulit anda selepas menggunakan cara ini kerana jus lemon mungkin akan menyebabkan kulit anda kekeringan.

#13 Daun Pudina

daun-pudina-mint

Foto — Google 

Cara-cara

— Hancurkan daun pudina dan campurkannya dengan beberapa titis air sehingga menjadi pes yang lembut. Sapukan pes tersebut pada bahagian bawah mata dan biarkan selama 10 minit. Basuh dengan air sejuk.

# Lakukan setiap malam sebelum tidur.

Mengapa ia berkesan?

— Daun pudina kaya dengan vitamin c yang mempunyai keberkesanan untuk merawat lingkaran gelap dan meningkatkan kesihatan kulit.

Hati-hati!

— Daun pudina boleh menyebabkan tindak balas alergi untuk sesetengah orang.

#14 Susu

iluminasi-susu-kesihatan

Foto — Google 

Cara-cara

— Ambil bebola kapas dan celupkan kedalam mangkuk yang berisi susu sejuk (¼ mangkuk susu sejuk)Letakkan bebola kapas tersebut pada mata anda, pastikan ianyan melitupi keseluruhan kawasan yang terjejas. Biarkan selama 15 minit, selepas itu anda boleh membasuh dengan air biasa.

# Lakukan sekali sehari selama dua minggu.

Mengapa ia berkesan?

— Susu mengandungi asid laktik yang dapat menunjukkan peningkatan terhadap kelembutan, ketebalan dan ketegangan kulit. Asid ringan ini juga dapat mengurangkan garisan halus dan kedutan.

#15 Minyak Zaiton

5a2558597152d8132413df53

Foto — Google 

Cara-cara 

— Urutkan minyak zaitun dalam gerakan membulat disekeliling mata selama seminit atau dua dengan menggunakan jari manis anda. Biarkan semalaman

# Lakukan setiap malam sebelum tidur.

Mengapa ia berkesan?

— Minyak zaiton kaya dengan bahan berkhasiat yang mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang. Oleh itu, dengan menplikasikannya dapat memastikan kulit di bawah mata sihat. Ia juga mengandungi asid lemak yang memberikan penghidratan dan khasiat yang diperlukan oleh kulit yang sensitif di bawah mata.

#16 Kentang

Potatoes

Foto — Google 

Cara-cara

— Parutkan kentang mentah dan ambil jus daripadanya. Rendam dua biji bebola kapas kedalam jus. Letakkan kapas tadi di bahagian lingkaran gelap, pastikan ianya melitupi keseluruhan bahagian yang terjejas. Biarkan selama 10 minit. Kemudian buang kapas tadi dan basuh muka anda dengan air sejuk.

# Lakukan dua kali sehari selama dua hingga tiga minggu.

Mengapa ia berkesan?

— Kentang mengandungi enzim, kanji dan vitamin c – semuanya memberi khasiat kepada kulilt sekeliling mata dan membantu merawat lingkaran gelap.

#17 Jeli Petroleum

uses-for-vaseline-m

Foto — Google 

Cara-cara

— Campurkan jeli petroleum dan jus lemon, sapukan campuran ini pada bahagian bawah mata. Biarkan selama satu jam dan bersihkan dengan menggunakan tisu muka yang lembut. Basuh dengan air sejuk

# Lakukan sekali setiap hari.

Mengapa ia berkesan?

— Jeli petroleum adalah salah satu pelembab yang paling selamat dan paling menghidratkan untuk kulit. Kebolehannya untuk merangkap kelembapan adalah sangat baik. Apabila digunakan pada bahagian bawah mata, ia menyihatkan kulit dan menyingkirkan segala kekeringan yang menyebabkan lingkaran gelap.

Hati-Hati!

— Jangan gunakan cara ini jika anda mempunyai kulit berjerawat. Jeli petroleum akan menyebabkan pori tersumbat dan memburukkan lagi jerawat anda.

#18 Yogurt dan Parsley

yogurt parsely

Foto — Google 

Cara-cara

— Hancurkan daun parsley bersama dengan yogurt supaaya ianya sebati. Sapukan campuran ini sebagai mask mata pada lingkaran gelap. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air sejuk.

# Kamu boleh menggunakan mask ini tiga kali seminggu.

Mengapa ia berkesan?

— Parsley mengandungi beta-karotin, vitamin c, asid folik, dan banyak lagi mineral dan vitamin lain. Ia menyamaratakan tona kulit dan menghalang pembentukan kedutan.

#19 Kunyit

fresh-turmeric

Foto — Google 

Apa yang kamu perlukan?

¼ sudu kecil kunyit.

1 sudu kecil minyak badam

Cara-cara

— Campurkan kunyit dengan minyak badam. Urutkan bahagian bawah mata dengan campuran ini selama seminit dan biarkan selama 20 minit. Anda boleh membasuh dengan air atau lapkan dengan tissue lembut.

# Lakukan tiga kali seminggu untuk kesan yang terbaik.

Mengapa ia berkesan?

— Kunyit dan ekstraknya biasa digunakan dalam pek dan krim muka kerana sifat mencerahkan kulit. Ini akan mengurangkan kulit kusam dan gelap di bahagian bawah mata. Minyak badam dalam campuran ini berfungsi sebagai komponen penghidratan kulit.

#20 Minyak Jojoba

Minyak-Jojoba

Foto — Google 

Cara-cara

Sapukan minyak pada bahagian bawah dan keliling mata. Urut untuk seminit dua. Biarkan semalaman

# Ulangi sekali setiap hari sebelum tidur.

Mengapa ia berkesan?

Minyak jojoba mempunyai sifat meremajakan kulit yang akan meningkatkan kesihatan dan warna kulit yang kusam. Ia juga mengandungi asid lemak yang baik untuk memberi khasiat dan menghidratkan kulit.

Sumber — stylecraze.com