Ikhlas Atau Tidak Pakai Tudung? Baca Nota Ini, Anda Pasti Istiqamah!

Ikhlas Atau Tidak Pakai Tudung? Baca Nota Ini, Anda Pasti Istiqamah!

Out & About

 Ikhlas Atau Tidak Pakai Tudung? Baca Nota Ini, Anda Pasti Istiqamah!

 

Saya seorang selebriti yang agak terkenal. Pada mulanya saya tidak menutup aurat dengan sempurna tetapi mengambil keputusan untuk mula bertudung sejak 2 tahun yang lalu. Keadaan ini mungkin dipengaruhi oleh tren semasa ramainya selebriti yang mula mengenakan tudung. 

 

Sejak akhir-akhir ini pula kadang-kadang saya terfikir sama ada saya benar-benar ikhlas atau tidak apabila saya mula bertudung kerana ada rakan-rakan saya yang menasihatkan saya supaya hanya bertudung apabila betul-betul ikhlas. Saya menjadi bingung. Apa yang mesti saya lakukan? Mohon panduan Ustaz.

 

JAWAPAN :

 

Menutup aurat adalah perkara yang wajib bagi seorang perempuan yang beragama Islam. Ia adalah perintah yang tersabit dengan nas al-Quran, hadis Nabi s.a.w dan ijmak para ulama.

Jika dihalusi pula, sebenarnya kewajiban menutup aurat ini bukan saja terdapat dalam agama Islam tetap juga dalam agama-agama samawi yang lain seperti agama Kristian, Yahudi dan sebagainya.

 

Oleh kerana menutup aurat itu satu kewajiban, maka ia sama sahaja dengan mana-mana perintah wajib yang lain seperti mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan sebagainya. Ia mesti dilakukan dalam apa jua keadaan selagi tidak ada keadaan yang benar-benar menghalang dan dibenarkan oleh Syarak.

 

Apabila kita membicarakan tentang perintah Allah SWT yang bersifat wajib, maka alasan seperti tidak ikhlas sudah menjadi tidak relevan lagi. Ikhlas atau tidak, seseorang itu mesti bersolat kerana hukum solat adalah wajib. Apabila bersolat, maka gugurlah taklif atau kewajiban ke atasnya.

 

Cuma tinggal lagi apabila ia dilakukan dalam keadaan tidak ikhlas, maka ia menjadi sia-sia tanpa pahala. Tetapi jika ditinggalkan terus atas apa saja alasan, maka hukumnya haram dan berdosa.

 

 

Share dari: http://www.mingguanwanita.my/info-psikologi/ikhlas-atau-tidak-pakai-tudung-baca-nota-ini-anda-pasti-istiqamah-1.574979