Perasan tak kalau kita pakai tudung seharian bila sudah dibuka akan kelihatan seperti tompokan minyak  akibat peluh di bahagian tertentu seperti leher dan tepi muka.

Rasa macam nak menangis lebih-lebih lagi tudung itu baru dibeli dan mahal harganya. Nak dibuang terasa sayang, tetapi nak pakai semula macam tak sanggup kalau kesan tompokan minyak itu banyak.

Walaupun telah dibasuh beberapa kali, tetapi apabila kering tompokan itu tetap ada dan sukar untuk dihilangkan.

Hijabi semua tak payah risau, admin nak kongsi beberapa petua mudah dari perkongsian di laman sosial untuk tanggalkan kesan minyak akibat peluh ini.

Caranya cukup mudah dan gerenti boleh hilang serta boleh melembutkan lagi fabrik hijab berkenaan.

1. Ambil bedak powder (tak kisah apa jenama) dan taburkan pada kawasan tudung yang ada kesan tompokan minyak tadi. Letak seberapa banyak.

2. Kemudian biarkan sekejap, biarkan mesra sabil gosok lembut dengan jari bedak yang ditabur pada tudung.

3. Setelah mesra bedak dalam material tudung, barulah cuci macam biasa. Rendam dengan sabun sekejap dan bilas.

4. Jemur macam biasa dan tunggu kering. Insya-Allah kesan minyak akan hilang.

Ini pula perkongsian dari Anne Nordin 11

1. Cuci tudung dengan shower cream. Kemudian tambahkan bahagian yang terkenak peluh itu dengan baking soda dan guna berus gigi.

2. Gosok perlahan-lahan dan jangan risau, tudung tidak akan rosak jika menggunakan campuran dua bahan ini.

Perkongsian lain:

1. Rendamkan dengan air panas

2. Jangan basahkan tudung, gosok dengan “sabun mandi” terlebih dahulu.

3. Sapu bedak supaya ia meresap kesan minyak.

4. Sapu dengan majerin, biarkan seketika dan basuh seperti biasa

5. Campurkan showercream+bakingsoda dan berus tompok dengan berus kecil. Cara ini boleh juga digunakan untuk hilangkan foundation pada tudung.

p/s: kalau boleh elakkan basuh tudung dengan mesin basuh, sebaliknya gosok lembut sahaja untuk menjaga kualiti fabrik.