Imej Terbaru Ardell Aryana Selepas Berhijab. Tudung Bawal Pilihan Ardell

Imej Terbaru Ardell Aryana Selepas Berhijab. Tudung Bawal Pilihan Ardell

Artis

Alhamdulillahlah satu persatu artis kita sudah berhijrah dengan mengenakan tudung. Sebelum ini penghijrahan beberapa artis ini dianggap fenomena kerana seorang demi seorang mula mengenakan hijab walaupun ada yang kemudian membukanya semula.

Terbaru pelakon Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 27 tahun yang mengambil keputusan untuk berhijab. Dia yang sebelum ini banyak melakonkan watak ganas atau seperti tomboy mula berhijab  September lalu ketika bercuti seorang diri ke Pulau Bali Indonesia.

 

 

Menurut Ardell dia sebenarnya sudah menyimpan hasrat untuk melakukan penghijrahan ini sejak tahun lalu namun terpaksa ditangguhkan atas urusan kerja. Dan dalam masa sama ada beberapa kontrak drama yang memerlukan dirinya tidak bertudung.

Namun akhirnya pelakon serba boleh ini kemudiannya mendapat kekuatan ketika bercuti seorang diri di Bali dan sejak itu terus ambil keputusan untuk berhijab. Dia yang sebelum ini gayanya berambut pendek dan seperti lelaki hinggakan ada juga yang menghantar mesej peribadi di laman Instagram mahu menjadikan dia sebagai kekasih.

 

 

Bukan itu sahaja, menurutnya sejak sudah berhijab ini ada juga yang menganggap dirinya lesbian. Ardell juga sebelum ini pernah dikaitkan menjalin hubungan songsang disebabkan penampilan berambut pendek seperti lelaki.

Oleh kerana dirinya juga sudah berhijab sepenuhnya, Ardell turut memadam gambarnya tidak bertudung sedikit demi sedikit di laman Instagramnya yang mempunyai jumlah pengikut 277K

Dalam kenyataan pada Mstar, Ardel turut memberitahu ada beberapa produksi membatalkan tawaran berlakon setelah mengetahui dia kini sudah berhijab. Namun dia tidak kecewa sebaliknya percaya ada rezeki lain yang lebih baik akan berpihak kepadanya nanti.

 

 

Penghijrahan pelakon ini juga turut mendapat respon positif dari followernya. ramai memuji penampilannya sekarang dan mendoakan Ardell akan terus kekal begitu.

@mohasa86 Suka tgk transformation kamu ke arah yg lbh baik, moga tros istiqamah….proud of you.

@khsf.freaa Sejuk je tengok sis pakai tudung labuh 😍 moga istiqomah ye sis.

 

@suzana9475 Ardell dh berhijab subhanallah comelnya semoga istiqomah ye yunk

@fdzleena Cantiknya.Semoga terus istiqomah. Amin

Admin belanja gambar Ardell yang semakin cantik dan jelita sejak berhijab ini. Nampaknya dia gemar mengenakan ‘shawl’ bawal sahaja yang cukup ‘simple’ gaya lilitannya. Kita doakan Ardell terus istiqomah dan walaupun berhijab masih boleh berdakwah mengikut cara tersendiri. Insya-Allah.

 

#1. Cantik

 

#2. Polos

 

She hide Her feelings 🔐 .

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on

 

#3. Simple

 

#4. Unique shine

 

🦋: Let what makes you unique shine ✨ .

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on

 

#5. Gaya Ranggi

 

#6. Comel

 

#7. Menawan

 

Kongsi dari : Hijabista