INI TRIK PAKAI TUDUNG SATIN TAK SENGET & NAMPAK CANTIK MACAM NEELOFA. RAHSIANYA PADA SEBATANG JARUM

INI TRIK PAKAI TUDUNG SATIN TAK SENGET & NAMPAK CANTIK MACAM NEELOFA. RAHSIANYA PADA SEBATANG JARUM

Kecantikan, Out & About, Tutorial Hijab

7

Seperti juga dunia fesyen terutama dalam pembikinan pakaian yang mengetengahkan pelbagai tema, hijab juga turut mengalami evolusinya yang tersendiri.

Selain selendang dan juga tudung bawal, apa yang dapat diperhatikan trend tudung terkini, penggemar lebih suka menggayakan tudung empat segi dari fabrik satin.

Dengan pelbagai corak sama ada floral, abstrak, geometri, lukisan tangan ataupun travel around the world, memang tudung jenis ini paling hit kini.

Lihat sahaja Syawal tempo hari, rata-rata di laman sosial, semua muat turun gaya mereka di pagi raya dengan mengenakan tudung jenis ini.

Memang terletak cantik di atas mahkota yang dipadankan dengan baju corak polos dari fabrik sama ataupun satin.

Namun begitu, bukan mudah sebenarnya tudung fabrik satin ini mahu terletak elok di atas kepala. Kalau tidak kena gaya memakainya, tudung boleh jadi senget dan akan membuatkan mood kita jadi tak tentu arah.

Maklumlah sebagai wanita berhijab, penampilan yang dititikberatkan adalah pemakaian tudung selain riasan diri.

Admin nak kongsi trik mudah dari Peñata Gaya Hijab Popular, Didiyana Ehsan yang memberi tip berguna bagi memastikan tudung satin yang dipakai terletak cantik bak Neelofa.

Menurut Didi, kunci utama bagi pemakaian tudung satin seperti ini adalah perlu tahu kedudukan untuk meletak jarum peniti yang sesuai. Letak di bahagian tertentu supaya hijab terletak cantik di atas mahkotamu.

Didi ditemui ketika majlis pelancaran Koleksi Satin Naelofar Scarf – MAYA yang menampilkan empat koleksi cukup hebat.

Rekaan ini menggabungkan elemen moden namun masih mengekalkan ciri-ciri kesopanan seperti koleksi Naelofar Hijab yang lain.

Terdapat empat variasi warna bagi koleksi MAYA ini, iaitu MAYA Ivory, MAYA Slate, MAYA Azure & MAYA Fuschia. Koleksi terbaru ini sudah pun berada di pasaran dengan harga serendah RM75.00.

VIDEO PENUH TRIK PEMAKAIAN HIJAB SATIN SQUARE:

Share dari http://www.hijabista.com.my/trending/ini-trik-pakai-tudung-satin-tak-senget-nampak-cantik-macam-neelofa-rahsianya-pada-sebatang-jarum-1.707404