Inilah Patung Barbie Berhijab Pertama Di Dunia

Inilah Patung Barbie Berhijab Pertama Di Dunia

OOTD

Rangkaian Patung Barbie Kini Menambah Lagi Koleksinya Kepada Patung Berhijab, Diinspirasikan Oleh Atlet Olimpik Warganegara Amerika Syarikat, Ibtihaj Muhammad.

Usaha pengeluar produk mainan, Barbie Doll iaitu Mattel, Inc. untuk meluaskan rekaan saiz dan bentuk tubuh patung Barbie menerima sambutan baik. Jika dilihat pada saiz dan bentuk tubuh patung Barbie pertama dikeluarkan pada tahun 1959, ia hanya menampilkan saiz tubuh kurus dan ramping sahaja.

Selepas tampil dengan pelbagai saiz, bentuk tubuh dan warna kulit, Mattel, Inc. meluaskan lagi rekaan saiz daripada bertubuh plus-size yang diinspirasikan oleh supermodel Ashley Graham kepada berhijab pula. Projek tersebut mencipta sejarah tersendiri buat rangkaian Barbie kerana menampilkan patung berhijab buat pertama kalinya.

Patung berhijab itu adalah sempena kempen tahunan Barbie yang mengiktiraf pencapaian mengagumkan buat wanita. Penerima anugerah tahun ini milik atlet Olimpik Muslim Amerika Syarikat pertama iaitu Ibtihaj Muhammad.

 

Atlet pedang Olimpik itu mengakui ia seperti mimpi menjadi kenyataan. “I’m proud to know that little girls everywhere can now play with a Barbie who chooses to wear hijab! This is a childhood dream come true”.😭💘 Patung Barbie berhijab itu akan mula berada di pasaran bermula awal tahun 2018.