Item Wajib Ada Dalam Gerobok Fesyen Rumah Anda

Item Wajib Ada Dalam Gerobok Fesyen Rumah Anda

Artis

Ingin Hijabista tekankan bahawa ‘wardrobe’ kapsul ini tidak akan berkesan untuk semua hijabi. Kaji dahulu gaya hidup dan pekerjaan anda sekiranya anda ingin memulakan projek ini. Bagi yang berminat dan memang sesuai dengan gaya hidup anda teruskan membaca.

 

 

Terdapat beberapa item asas yang wajib ada bagi setiap hijabi.

 

 

 

Mari kita mulakan dengan ‘outerwear’ yang sempurna untuk ‘layering’.

 

 

 

Pastikan keempat-empat item ini di dalam palet warna neutral.

 

 

 

 

Seterusnya, ‘top’ yang mudah dipadankan dengan apa sahaja. Kemeja-T adalah item wajib, terutama berwarna putih!

 

 

 

Jangan risau. ‘Top’ anda boleh tambah dari masa ke semasa. Buat masa sekarang cukup yang asas dahulu.

 

 

 

 

Celana juga adalah item wajib ada. Hijabi sekarang harus memiliki celana yang baik untuk memudahkan pergerakan anda. Tidak kira potongan jenis apa yang anda mahukan dan juga jenis celana tersebut. Bagi Hijabista utamakan yang di bawah;

 

 

 

Mungkin anda rasakan tidak sesuai dengan anda. Tukarkan sahaja.

 

 

 

 

Skirt jangan dilupakan! Item ini wajib sekiranya anda ada majlis sedikit formal atau aktiviti yang memerlukan anda kelihatan lebih feminin.

 

 

 

Pastikan anda ada skirt yang polos dan juga bercorak serta berbeza fabrik. Ini memudahkan anda untuk ‘mix & match’.

 

 

 

 

Dres membolehkan anda kelihatan sopan dan ‘modest’. Pilihan Hijabista pasti sepasang abaya atau jubah untuk hari Jumaat dan satu lagi dres untuk sebarang kemungkinan.

 

 

 

Jangan lokek mengeluarkan sedikit belanja untuk mendapatkan dres atau jubah yang berkualiti. Ia akan bertahan lebih lama dari yang murah.

 

 

Begitulah item-item asas yang wajib ada sekiranya anda mahu melaksanakan ‘wardrobe’ kapsul ini. Ingat, Hijabista jelas nyatakan yang projek ini tidak sesuai untuk semua hijabi. Bagi yang bakal mencuba, semoga berjaya! – hb

 

Share dari: http://www.hijabista.com.my/trending/item-wajib-ada-dalam-gerobok-fesyen-rumah-anda-1.428896