Setiap individu mempunyai bentuk badan, personaliti serta gaya yang berbeza. Tahukah anda yang personaliti seseorang itu boleh diketahui hanya dengan melihat bentuk kukunya sahaja.

Setiap orang mempunyai bentuk kuku yang berbeza. Seorang saintis berasal dari Nigeria turut mengakui bahawa bentuk kuku seseorang individu itu boleh menentukan personaliti mereka.

Kenal pasti bentuk kuku anda dan baca huraian personaliti anda. Adakah ia sama?

 

Kuku lebar, panjang dan berbentuk segi empat tepat

Individu yang memiliki bentuk kuku ini dikatakan seorang yang tenang, pragmatik, seimbang, berdikari dengan mempunyai minda yang luas. Mereka boleh dipercayai dan bertanggungjawab terhadap setiap kata-kata dan perbuatannya. Dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin.

 

Kuku berbentuk segi empat sama yang kecil

Orangnya fleksibel dan mempunyai kecerdasan akal yang cepat. Mereka cenderung menjadi seorang yang tamak dan agresif serta cemburu. Mereka juga seorang yang mudah marah.

 

Kuku panjang dan sempit

Individu ini merupakan seorang yang egois dan memandang orang lain dengan prinsip oportunistik. Mereka sukakan kemwahan dan menuntut perhatian orang lain terhadap diri mereka. Malah, mereka juga mudah tersinggung.

 

Kuku pendek

Seorang yang mudah marah dan tidak sabar. Semakin pendek kukunya, demandnya juga semakin tinggi. Mereka sentiasa berusaha untuk mendapatkan apa yang dimahukannya dan merupakan seorang yang cukup perfectionist!

 

Kuku berbentuk seperti almond

Mereka merupakan seorang yang lemah lembut dan romantik dengan pandangan yang idealistik. Mereka suka memberi manfaat kepada orang lain dan sangat sentimental, lembut dan mudah tersinggung perasaannya.

 

Kuku bentuk segi tiga

Individu ini merupakan seorang yang artistik, mempunyai personaliti yang menyenangkan serta mood yang sentiasa berubah. Mereka mahu menjadi seorang yang dikenali ramai. Mereka juga tidak suka akan kehilangan.

SUMBER: BRIGHTSIDE