Jenama Cakenis Semakin Popular, Hanis Zalikha Reka “Lily Cake” Buat Peminat

Jenama Cakenis Semakin Popular, Hanis Zalikha Reka “Lily Cake” Buat Peminat

Artis, Out & About

Beberapa hari lepas, saya sempat menghadiri majlis ulangtahun ke-2 Cakenis, jenama tudung popular yang tidak perlu diperkenalkan lagi di salah sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur.

Tudung Cakenis diasaskan oleh pasangan pelakon dan pengacara Hanis Zalikha & Hairul Azreen dan dinobatkan sebagai 15 jenama tudung paling popular di Malaysia.

Turut dihadiri ahli keluarga, sahabat selebriti dan stokist Cakenis, majlis dibuat di dalam suasana intim dan meriah. Hanis juga berkongsi sedikit sebanyak kisah disebalik Cakenis dan bagaimana beliau dan suami menghasilkan ciptaan tudung ‘instant hook’ yang mudah dipakai oleh wanita yang sibuk, ibu-ibu yang tiada masa dan juga sesiapa sahaja.

Tudung Lily Cake terbaharu dari Cakenis


Hanis Zalikha

Tampil dengan 4 design menarik, Hanis telah melancarkan koleksi tudung chiffon edisi terhad terbaharu ‘Lily Cake’ yang juga merupakan tudung cetak pertama keluaran Cakenis, dan paling manis, direka sendiri oleh Hanis Zalikha.

Rekaan ini mendapat ‘approval’ dari team Cakenis selepas setahun dan ianya diperbuat daripada material berkualiti tinggi, pastinya ramai hijabista tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tudung Lily Cake yang cantik dan anggun ini kan?

Kami mengucapkan tahniah buat selebriti cantik dan bijak Hanis Zalikha kerana kejayaan demi kejayaan dicipta tetapi masih lagi humble! Semoga maju jaya Hanis!

Tudung Cakenis boleh didapati di:

www.zalora.com.my/women/cakenis

Instagram: https://www.instagram.com/cakenis/

Kongsi dari : Dewi Malaysia