Jenama Mekap Mampu Milik Yang Berbaloi

Jenama Mekap Mampu Milik Yang Berbaloi

Makeup

Dah Pernah Cuba Jenama Mekap Yang Tak Perlu Keluar Duit Banyak Ini? Kalau Belum, ‘Wajib’ Cuba Sekarang!

12

Foto: Shutterstock.com

1. SLEEK MAKEUP

Jenama mekap yang berinovasi tinggi ini beraspirasi untuk membuat semua trend kecantikan benar-benar boleh dicuba semua pihak, tak kisah di pentas peragaan mahupun kehidupan seharian. Sleek memang diketahui ramai dan popular kerana kualiti yang hebat dan strong pigmentation. Hebatnya, Sleek menawarkan produknya untuk semua jenis warna kulit! Harga serendah RM41.

*Sleek Mekap kini ditawarkan di Sephora Malaysia.

13

2. CATRICE COSMETICS

Catrice cosmetics mempunyai rangkaian yang sangat meyakinkan: Pilihan warna bergaya, serta rupa klasik untuk penampilan berbeza. Catrice juga mempunyai bahan-bahan bermutu tinggi, tekstur mewah, dan formula inovatif. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan untuk kamu si makeup junkie! Dua kali dalam setahun, rangkaian Catrice akan dikemaskini supaya sentiasa ada koleksi baru untuk pengguna. Harga serendah RM11.90.

*Kamu boleh dapatkan Catrice Cosmetics di Farmasi Guardian Malaysia.

14

3. WET N WILD 

Walaupun menawarkan harga rendah, tak bermakna Wet n Wild menggunakan bahan-bahan tak berkualiti! Tujuannya adalah untuk memberikan yang terbaik buat peminat di luar sana yang meminati mekap. Dan satu fakta menarik, Wet n Wild adalah kosmetik cruelty-free! Mereka tak menggunakan animal-testing di dalam produk. Wet n Wild juga digemari ramai selebriti seperti Paris Hilton dan Jessica Biel. Harga serendah rm13.

*Kamu bolehkan dapatkan Wet n Wild di Sephora Malaysia dan Sasa Malaysia.

15

4. NYX PROFESSIONAL MAKEUP

Nama NYX adalah sempena nama dewi Greek, Dewi Malam. NYX Cosmetics menawarkan pelbagai rangkaian mekap dan kosmetik seperti gincu, krim asas, bedak kompak dan banyak lagi. Nyx digemari ramai kerana harganya yang berpatutan dan kualitinya yang tak menghampakan. Sebab itulah, sehingga kini ia masih lagi menjadi pilihan pengguna.

*Kamu boleh dapatkannya di Sephora Malaysia.

16

Kongsi dari : Cosmopolitan