Memiliki bentuk tubuh yang ideal dan cantik menjadi keinginan setiap wanita. Tambah-tambah lagi pada saat berlangsungnya majlis perkahwinan. Pun begitu, mungkin juga impian ini hanya sekadar angganan. Terbatas dengan realiti tubuh yang dimiliki.

Sebenarnya untuk kelihatan cantik di majlis perkahwinan, anda tidaklah perlu menjadi seseorang yang kurus dan tinggi lampai seperti model antarabangsa semata-mata. Jadilah diri sendiri dan hargailah tubuh anda.

Anda juga cantik sebenarnya! Cuma jika ada kekurangan bentuk tubuh kaburi ia dengan helah yang berkesan.

1. Leher

Sembunyikan: Jika anda memiliki leher yang terlalu panjang, anda boleh sembunyikannya dengan menggayakan busana pengantin yang menutupi bahagian leher. Menggayakan fesyen berpotongan turtleneck menjadi pilihan terbaik.

Serlahkan: Jika anda merasa leher anda pendek, pilih V-neck top atau U-neck tops kerana rekaan seperti ini dapat membuat leher anda tampak lebih jinjang.

2. Bahu

Sembunyikan: Jika anda ingin membuat bahu anda terlihat lebih kecil bidangnya, kenakan warna lebih gelap pada bahagian atas. Lengan raglan juga mampu membuat bahu terlihat lebih ramping. Hindari mengenakan apapun yang menambahkan volum pada bahu seperti lengan belon karana ia akan menarik tumpuan di bahagian bahu dan bukannya pada pinggang anda yang ramping itu.

Pamerkan: Jika anda ingin menjadikan bahu kelihatan lebih bidang, gayakan pakaian yang memiliki ‘shoulder pads’. Ini menjadikan anda kelihatan lebih sempurna dan menjadikan struktur tubuh lebih menarik.

3. Punggung

Sembunyikan: Punggung yang lebar dapat disembunyikan dengan menggunakan pilihan busana daripada rona warna yang gelap.

Pamerkan: Memiliki punggung seksi anda akan terlihat lebih cantik jika menggunakan backless gown atau top halter neck.

4. Payudara

Sembunyikan: Semi-fitted styles, V-necks, dan sweetheart cuts dapat membuat payudara besar terlihat lebih cantik. Jauhi menggayakan rekaan berkerah tinggi atau turtleneck dengan motif horizontal yang dapat membuat anda terlihat sarat di bahagian dada.

Pamerkan: Gunakan elemen kedutan/kerut  pada payudara untuk menambah volum pada payudara yang kecil. Motif garis horizontal dan empire-waist cuts (kerut di bawah payudara) juga akan membuat payudara kecil terlihat lebih baik.

5. Pinggang

Sembunyikan: Ukuran pinggang yang lebar dapat terlihat lebih ramping jika anda menggunakan tailored cut jacket atau peplum cut.

Pamerkan: Wrap dresses yang diikat pada pinggang mampu mempamerkan tubuh langsing anda.

6. Perut

Sembunyikan: Selindungkan perut buncit anda dengan empire-waist gown. Gunakan pula warna gelap pada atasan untuk menutupinya. Wrap top juga boleh menjadi pilihan yang tepat untuk menutupi perut buncit anda.

Pamerkan: Pamerkan perut langsing anda dengan menggunakan pakaian yang melekap di tubuh.

7. Lengan

Sembunyikan: Berikan helah untuk menutupi lengan besar anda dengan menggunakan jaket lengan 3/4, dan blousy sleeves.

Pamerkan: Gunakan top tanpa lengan, halter top, strapless dres untuk mempamerkan lengan anda yang kecil.

Sumber gambar : internet