Jom Belajar Tukar Mekap Siang Ke Malam Cara Si Manis Rita Ora!

Jom Belajar Tukar Mekap Siang Ke Malam Cara Si Manis Rita Ora!

Makeup

Jom Belajar Tukar Mekap Siang Ke Malam Cara Si Manis Rita Ora!

Pernah tak anda terpaksa menjalani aktiviti harian yang panjang?!

Selepas waktu pejabat, anda kena menghadiri majlis hari jadi atau apa sahaja yang melibatkan majlis keramaian pada waktu malam. Hendak pulang ke rumah untuk bersiap semula memang tak lah, siapa sanggup untuk menempuh trafik yang sesak dan mana mungkin anda sempat menghadiri ke majlis. 

Jadi terpaksalah anda bersiap di pejabat atau bersiap terus dari pagi. Tapi kalau dah mekap dari pagi, macam mana pulak nak maintain makeup look siang yang sesuai untuk dibawa ke malam. Jangan risau… Cuba ikut tips dari penyanyi dan juga pelakon Rita Ora ini. 


Foto – Pinterest

#1 Setting spray – semburan air dari setting spray untuk mengembalikan kulit lebih segar dan mekap tampak lebih terjaga. 

#2 Tambah contouring – anda boleh gunakan bronzer atau palet contouring jenis bedak untuk menambah contouring dibahagian pipi, hidung dan dahi.

#3 Pekatkan highlight – didalam kegelapan malam, apa kata enhance lagi highlight di sudut wajah anda.  

#4 Tebalkan eyeliner – tidak sempat untuk buat smokey eyes? Tidak mengapalah…cuma pekatkan dan tarik lagi eyeliner untuk beri ilusi mata galak tanpa pembayang mata.

#5 Maskara – tambah maskara jika perlu

#6 Warna lipstik ‘garang’ – langkah terakhir, oles bibir anda dengan rona lipstik terang seperti merah atau merah jambu untuk penampilan yang bold sesuai untuk acara malam. 

Tonton Video Rita Ora Bersiap Untuk Acara Malam

Mudah bukan? Cuma anda perlu siapkan sahaja barang mekap anda didalam beg. Jangan tertinggal pula! 

Kongsi dari : Wanista