Jom Raya! Tampil Bergaya Dengan Pilihan Tudung Ini

Jom Raya! Tampil Bergaya Dengan Pilihan Tudung Ini

Out & About

18699954_1398911413477348_2993890712781646663_n Instagram : @alhumairacontemporary

Lebaran kian tiba. Berdebar dan tak sabar rasanya nak menyambut Syawal bersama mereka yang tercinta. Perayaan yang dinantikan oleh seluruh umat Islam setelah berpuasa sebulan menahan nafsu makan. Seronok bila dapat berkumpul dengan keluarga, beraya bersama rakan taulan dan yang tercinta (shuben/teman lelaki lah.hikhik).

Buat para wanita, semestinya ingin tampil cantik menawan kala menyambut lebaran. Dah namanya wanita, ofcourse lah nak cantik. Wanita yang berhijab pula pasti tampil dengan hijab pilihan. Bukan setakat cantik dipandang je, keselesaan dan kesesuaian hijab bersama busana serta solekan juga perlu diambil kira untuk tampil lebih menawan tertawan ditawan (over)

TOP 10 PADANAN LIPSTIK BERSAMA RONA HIJAB YANG MENAIKKAN AURA WAJAH

Eh! gaya tudung yang bersesuaian juga penting tau! Tak sempurna bila hijab cantik selesa tetapi tidak kena dengan gaya hijab yang dipakai. Jangan pula berbusana serba indah dari Fiziwoo, pakai tudung gaya bawal selimpang pula ya. Tepuk dahi. 

6 TUTORIAL DENGAN 3 JENIS HIJAB BERBEZA

TUTORIAL HIJAB ALA ARAB YANG KEMAS UNTUK SI GENIT !

OHFESYEN kongsikan pilihan tudung serba indah bagi menyambut lebaran nanti! Supaya korang buat pilihan  yang tepat (sesungguhnya menyesal dikemudian hari itu perit)

Alhumaira

18699954_1398911413477348_2993890712781646663_n

 

1

Alhumaira mengeluarkan koleksi Raya 2017 ekslusif dengan perincian batu Crystal Original Swarovski. Jenis kainnya yang lembut dan senang dibentuk ditambah dengan jahitan yang kemas pasti membuatkan kamu beraya dengan tenang dan selesa. Ditatah pula dengan batu Crystal Asli dari Swarovski menambah seri di pagi hari! Hadir dalam beberapa rona (tak pasti sebab tak launch lagi) yang merangkumi pilihan warna terang dan pastel. Bersinar bak bidadari ~ Keluaran terbaru Alhumaira iaitu Armelle Premium Shawl juga merupakan keluaran yang menarik. Diperbuat dari fabrik Italian Silky Crepe dimana fabrik ini sangat selesa, mudah dibentuk dan tidak jarang. Istimewanya fabrik Italian Silky Crepe ini juga adalah keunikan tekstur yang terdapat pada fabrik tersebut. Jadi tudung anda tidak akan mudah renyuk serta sangat mudah untuk digosok. Memang sesuai untuk dijadikan sebagai tudung raya anda nanti!

Mana nak dapatkan koleksi Alhumaira ni?

Website : Al-Humaira |  Tudung2u

Instagram : @alhumairacontemporary

Agen (instagram) : @mi.almari  | @dreamizza

 –

OSRA Boutique

3

2

Rekaan dari OSRA yang berunsurkan cetakan geometrik ini menonjolkan aura feminin. Koleksi cetakan tudung ini adalah dari material yang sangat selesa dan sejuk dipakai iaitu royal crepe dan berpotongan lebar. Hadir dalam 11 varisi yang merangkumi pelbagai warna yang menarik dan sesuai dengan semua tona kulit. Berbeza dengan tudung bercorak kosong (plain shawl), bermaterial chiffon berkualiti tinggi dan berpotongan lebar. Terdiri daripada warna-warna lembut dan terang sesuai dipakai dengan busana raya pelbagai corak. 

Dapatkan koleksi OSRA di

Website : OSRATudung2u 

Instagram : @osraexclusive

Agen : @mi.almari

Sugarscarf

6

Koleksi Sugarscarf Raya 2017 kali ini tampil dengan rekaan bunga peony. Terdapat juga motif coretan berus yang dinamakan sebagai Euphoria. Rekaan yang sangat eyes-catchy ini ternyata menarik minat Kak Diva kerana rekaannya yang berlainan dari yang lain. Setiap koleksi mempunyai kombinasi warna yang menarik dan cantik. Bijak memilih rona, Sugarscarf tampil dengan warna kegemaran ramai wanita iaitu pastel colour. Bagi mereka yang gemarkan rona yang terang, Euphoria adalah pilihan terbaik, sesuai dipakai bersama baju yang bermotif juga!

Dapatkan koleksi raya dari Sugarscarf di

Butik :

Sugarscarf Shah Alam
Address : 22, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7 Shah Alam, Selangor .

Website : Sugarscarf

Instagram : @sugarscarf

Avilia

4

Tudung bercorak ini pula dari Avilia yang diberi nama Elora Printed Shawl. Edisi Elora ini merupakan tudung segera (instant shawl) yang mempunyai rekaan corak yang berbeza bagi setiap koleksi tudung. Hadir dalam pelbagai warna dan kombinasi corak yang menarik. Menggunakan material Heavy Chiffon Bubble dimana sangat mudah digosok, tidak jarang dan selesa. Apa yang istimewanya koleksi kali ini, tudung segera ini HANYA perlu disarung TANPA menggunakan pin! Sangat sesuai bagi wanita berusia mahupun wanita yang mengandung. Dengan pemakaian ELORA PRINTED ini anda akan tampil FRESH LOOK, MINIMALIS dan MENAWAN kerana corak ABSTRACT & FLORAL yang elegant. Pergi serbu cepat sebab mereka tengah buat sales 3 helai RM100 je !

Dapatkan koleksi Avilia di 

Butik :

 3-1 JALAN VILLA TROPIKA 1, TAMAN TROPIKA, BANDAR BARU BANGI

Website : Avilia | Tudung2u

Facebook : Avilia  | Tudung2u