Tidak dapat dinafikan bahawa hijabi lebih memerlukan penjagaan rambut yang rapi kerana rambut sering tertutup dek tudung. Rambut yang tertutup boleh menjadi punca kerosakaan rambut sekiranya ia tidak dijaga dengan betul.

Yang menjadi masalah bila susah nak jumpa salon yang dikhaskan untuk  muslimah kerana kebanyakan salon adalah unisex. Tetapi kini anda tidak perlu risau lagi kerana sudah banyak salun dan spa dibuka khusus untuk wanita bertudung. Lebih mudah untuk anda kan?

1.    Hurun Ain Oasis Spa & Salon

Spa ini memang menjadi dambaan muslimah yang masih mencari spa yang menjaga aurat sepenuhnya. Pelanggan juga akan merasa selesa dan selamat sepanjang berada di spa ini kerana lelaki tidak dibenarkan sama sekali menjejakkan kaki ke sini.

Lokasi: 104 A & B, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Selasa hingga Ahad bermula jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam

 

2.    Jazeerat El-Rahah

Salun ini berkonsepkan islamik yang menyediakan ruang yang luas dan tertutup bagi memenuhi kehendak wanita muslimah yang ingin merawat tubuh untuk kesihatan dan kecantikan secara privasi.

Lokasi: 55-1, Jalan 8/35, Taman Seri Bangi, 43650 Bangi, Malaysia

Waktu Operasi: Setiap Selasa hingga Ahad bermula jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam

 

3.    Siti Salon Al-Zahrah, Shah Alam

Salun berkonsep moden ini kelihatan seperti salon mewah yang lain tetapi istimewa kerana mereka hanya membenarkan pelanggan wanita sahaja masuk ke salun mereka. Para pelanggan boleh menikmati rawatan rambut serta rawatan spa seperti urutan, lulur sauna dan rawatan wajah.

Lokasi: 14B, Jalan Plumbum Q, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali hari Selasa

 

4.    Kayu Manis Spa

Selain menyediakan servis rawatan muka dan badan, spa ini turut menyediakan rawatan bagi wanita selepas bersalin. Katanya spa ini memberikan servis yang terbaik serta menawarkan harga yang berpatutan.

Lokasi: Kayu Manis SPA, Subang Bestari, No 56, Jalan Nova U5/N, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari bermula jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam

 

5.    Suri Permai Spa

Kesukaran mencari spa khusus untuk muslimah mendorong pemiliknya menceburi dunia perniagaan spa sejak dua tahun yang lalu. Antara servis yang disediakan adalah spa untuk pengantin, rawatan wajah, urutan badan dan banyak lagi.

Lokasi: B17-3, Block B, Platinum Walk Setapak, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari bermula jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam.

SUMBER: sini.com.my

Share dari : Hijabista