Kaca-Kaca Eyewear Lancar Koleksi Kanta Lekap Berwarna!

Kaca-Kaca Eyewear Lancar Koleksi Kanta Lekap Berwarna!

Kecantikan, Out & About

Kaca-Kaca Eyewear Lancar Koleksi Kanta Lekap Berwarna!

Jenama aksesori mata tanah air, Kaca-Kaca baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan kanta lekap yang dipanggil Mata Lens.

Koleksi kanta lekap berwarna ini menggunakan teknologi Hydrogel Terpolymer yang membekalkan enam kali ganda keselamatan serta keselesaan buat si pemakai.


Foto -Arkib Wanista

Ternyata, Mata Lens bisa memberikan efek natural yang glamor kepada anak mata individu bahkan ia bersesuaian dengan semua jenis bentuk mata.

Koleksi kali ini menampilkan ciri feminin menerusi empat rekaan berlandaskan warna tanah seperti Natural Black, Natural Choco, Dreamy Beige serta dreamy Grey. Lebih mengujakan, rangkaian koleksi ini turut ditawarkan dengan ‘kuasa cermin mata’ agar si rabun juga boleh memakainya.


Foto -Arkib Wanista

Mata Lens komited membawa elemen gaya dan kecantikan ke sebuah tahap yang baharu dengan memberi peluang kepada fashionista di luar sana untuk mengekspresikan diri mereka menerusi pemakaian kanta lekap.

Lapisan permukaan kanta lekap ini juga adalah lebih halus membuatkan mata si pemakai terasa selesa biarpun perlu memakainya sepanjang hari.

Tidak hanya fokus pada ciri kecantikan, Mata Lens juga memastikan mata pemakai sentiasa berada dalam keadaan sihat, selamat dan oleh itu, Kaca-Kaca memantau proses penhasilan produk tersebut bahkan setiap material yang digunakan untuk menghasilkan Mata Lens sudah pun mendapat kelulusan dari pihak kesihatan yang diiktiraf seluruh dunia.


Foto -Kaca-Kaca.com

Mata Lens boleh digunakan berulang kali selama sebulan dan harga yang ditawarkan adalah RM38 sepasang. Kuasa kaca mata yang ditawarkan pula bermula dari Plano (0.00) hingga -6.00serta berukuran 8.6mm untuk ukur lengkung manakala 14.5 untuk diameter.

Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.kaca-kaca.com].

Kongsi dari : Wanista