KAJIAN: Tabiat Selfie Buatkan Kulit Cepat Berkedut

KAJIAN: Tabiat Selfie Buatkan Kulit Cepat Berkedut

Kecantikan

Mesti ramai yang tertanya-tanya, apa kaitan tabiat ‘berselfie’ sehingga menyebabkan kulit jadi bermasalah dan nampak lebih tua dari usia?

Baru-baru ini, seorang blogger dari United Kindom, Mehreen Baig, kongsikan kisahnya yang gilakan ‘selfie’ dan mengalami masalah kulit.

TABIAT SELFIE PUNCA MASALAH KULIT BERJERAWAT & BERMASALAH

Menurut majalah Women Health, penulis tersebut mempunyai tabiat ‘selfie’ sebanyak 50 kali sehari yang menyebabkan masalah jerawat, bintik hitam dan tona kulit tidak sekata.

Apa kaitan ‘selfie’ hingga menyebabkan masalah kulit? Ia disebabkan oleh lampu biru atau blur light ray yang juga dikenali sebagai High-energy Visible Light (HEV).

Menurut pakar kecantikan, David E. Bank yang merupakan Pengarah Dermatologis, Kosmetik dan Pembedahan Laser di New York, HEV boleh menyebabkan masalah kulit terutama pigmentasi.

HEV BOLEH MENYEBABKAN KEDUTAN & TONA KULIT TIDAK SEKATA

Kesan HEV juga akan menyebabkan kulit kering, kedutan dan juga kemerahan.

Jadi, masih nak ‘berselfie’ lagi ke? Untuk cegah masalah kulit, pastikan anda memakai krim tabir suria yang mengandungi kandungan zinc oxide dan titanium untuk mencegah dari penuaan.

Kongsi dari : Hanasuva