Kostum “Nasi Lemak” Miss Universe Malaysia Bakal Viral 26 November Ini!

Kostum “Nasi Lemak” Miss Universe Malaysia Bakal Viral 26 November Ini!

Out & About

Kostum “Nasi Lemak” Miss Universe Malaysia Bakal Viral 26 November Ini!

Semalam, belangsungnya sebuah acara pra-tonton bagi memperkenalkan kostum kebangsaan wakil ratu cantik dari Malaysia yang akan membawa nama negara ke acara tahunan berprestij Miss Universe Ke-66 hujung November ini.

Lebih hangat, kostum yanng direka tahun ini berbeza daripada tahun-tahun yang sebelumnya apabila pereka fesyen yang merupakan anak kelahiran tempatan, Brian Khoo, bijak mengolah kegemaran rakyat Malaysia dengan cara berseni bagi menghasilkan busana paling eksentrik yang bersifat elegan dan klasik.

Dress putih polos yang menonjolkan belahan kain serta potongan leher sweetheart bagi menyampaikan aura seksi feminin itu lengkap dengan prop pelepah daun pisang serta dihiasi taburan manik berkilau yang membentuk butiran nasi, sambal, hirisan timun, telur rebus, serta cebisan logam yang dihimpun berupa kacang tanah dan ikan bilis goreng.

Tampak unik sekaligus mengujakan apabila Nasi Lemak diangkat sebagai simbol autentik cita rasa Malaysia yang bisa dijadikan kostum kebangsaan untuk dipertandingkan dan bersaing dengan lebih 55 wakil negara lain termasuklah Dominican Republic, Thailand, Indonesia, Venuzuela dan Nicaragua yang terpilih menjadi 5 terbaik untuk segmen Kostum Kebangsaan Tercantik untuk Miss Universe tahun lalu.

 

5 Kostum Kebangsaan Terbaik | Miss Universe 2016

Jelas pereka kostum Brian Khoo, beliau mengambil masa hampir 400 jam untuk merealisasikan dress tersebut, berhempas pulas selama sebulan bersama kakitangannya.

“Saya dan pasukan saya mahu menerapkan suatu keunikan menerusi busana ikonik buat wakil Malaysia, Samantha, tahun ini. Nasi Lemak adalah sajian orang kita dan sesuai untuk dinikmati semua,” jelasnya.


Sumber: missuniverse.com

Pengarah kebangsaan Miss Universe Malaysia Organisation, Datin Elaine Daly juga sempat mengekspresikan keyakinannya bahawa Samantha mampu menjulang nama negara dalam Miss Universe tahun ini.

Pertandingan ratu cantik Miss Universe ke-66 akan dipancarkan secara langsung dari Las Vegas, Amerika Syarikat pada 26 November ini, hanya di Astro FOX Life dan FOX Life HD, saluran 711 dan 722.

Kongsi dari : Wanista