Lepas Kena Kecam Minat Islam, Lindsay Nak Jual Tudung Pula Ke?

Lepas Kena Kecam Minat Islam, Lindsay Nak Jual Tudung Pula Ke?

Artis, Out & About

Sekali lagi Lindsay Lohan cuba menjolok perhatian netizen kerana baru-baru ini bertindak memuat naik sebuah gambar yang menampilkan dirinya memakai selendang dilitupi perincian permata sambil ditemani kapsyen “New Fashion Line coming soon…”

Aktres Amerika itu yang sebelum ini pernah bekerjasama untuk sebuah rumah fesyen terkemuka, Emanuel Ungaro di Perancis, melangkah berani untuk berkongsi perkembangan tentang projek terbarunya menerusi Instagram sekitar penghujung minggu lalu.

Lindsay sebelum ini pernah menerima kritikan hebat kerana bertudung saat membuat lawatan kebajikan di Turki beberapa bulan lalu. Walau bagaimanapun, masih belum ada kenyataan dibuat sama ada koleksi fesyen yang bakal dikeluarkan olehnya itu akan memfokuskan kepada tudung sahaja atau pun sebaliknya.

Lindsay menyertai Estrella Archs di pentas peragaan untuk sebuah pertunjukan fesyen jenama Emanuel Ungaro sekitar tahun 2010. Sumber: FirstView

Selain pernah bekerjasama dengan jenama Emanuel Ungaro, dirinya pernah mengeluarkan jenama fesyen sendiri iaitu 6126 pada tahun 2008 yang menampilkan helaian kasual khas seperti celana leggings.

 

 

Share dari : https://www.wanista.com/2017/125558/lepas-kena-kecam-minat-islam-lindsay-nak-jual-tudung-pula-ke/