Item Serendah RM15, Lihat Inspirasi Gaya Semi-Kasual Ini. Gaya #3 Sebijik Mira Filzah!

Item Serendah RM15, Lihat Inspirasi Gaya Semi-Kasual Ini. Gaya #3 Sebijik Mira Filzah!

OOTD

 Siapa je yang tidak kenal dengan selebriti popular Malaysia Mira Filzah? Popularitinya melonjak sejak melakonkan watak Zara dalam Cinta Si Wedding Planner yang mendapat sambutan luar biasa ketika itu. Mira yang sinonim dengan gayanya yang santai namun masih mengekalkan ciri-ciri muslimah sering menjadi ikutan netizen untuk bergaya.

Bagi sesiapa yang ada membaca artikel mengenai gaya ke majlis pada minggu lalu, kini Ohfesyen senaraikan pula gaya kasual/semi-kasual hijabi. Salah satu gaya ala Mira Filzah! Gaya kasual ini sesuai untuk ke shopping mall, hi-tea bersama rakan-rakan dan lain-lain. 

#1

DSC_2196

Beli sini — Bawal Swarovski Kekaboo, Kardigan Carousell Ohfesyen, Beg Carousell Ohfesyen, Seluar Sasuke Premium Outlet

Gaya vintage ala gadis Morocco ini sememangnya selesa untuk ke mana-mana terutamanya untuk ke shopping mall! Rona coklat adalah rona yang paling tepat untuk gaya vintage. Padankan seluar bercorak plaid dengan baju berona asas supaya keseluruhan gaya kelihatan seimbang. Sarungkan kardigan untuk lebih kekemasan. Pilih tudung berona coklat nude untuk disuai padankan dengan seluar yang berona seakan sama. Kasut? Ohfesyen pilih mules klasik dengan perincian horsebit tona emas!

#2

mf 2

DSC_2303

Beli sini — Shawl Rafhanah canda.my, Kemeja Sasuke Premium Outlet, Rattan bag dari Bali, Jeans Sasuke Premium Outlet

Kemeja terlalu simple? Olah sedikit cara penggayaan untuk lebih umph! Padankan jeans berona biru seakan kemeja. Beg rotan yang sedang trending di pasaran ini sememang sesuai untuk harian, membeli belah malah untuk melancong. Gaya shawl ikat belakang dan lilit, simple!

#3

mf

DSC_2284Beli sini — Eyelash Printed Shawl Tudung2u, Jaket denim Sasuke Premium Outlet, Calacara dress Carousell Ohfesyen, Sneakers Sundance butik Klang Parade

Inspirasi dari selebriti Mira Filzah yang menggayakan dress labuh bersama jaket denim. Pilih shawl dan sneakers berona sama untuk kekal kasual. Ohfesyen ubah sedikit pada bahagian tudung dan memilih yang sedikit bercorak. Argh love nya!

#4

DSC_2272

Beli sini — Tshirt Vogue Carousell Ohfesyen, Jaket denim Sasuke Premium Outlet, Sling bag Zalora, Lipmatte Anasism lipstick.mialmari

Gaya on-the-go tetapi masih kekal fesyen! Kombinasi tshirt bersama sneakers, pilih rona putih untuk gaya yang ringkas. Apa kata sarung jaket denim untuk menutup bahagian lengan. Elakkan memakai kardigan kerana ianya akan membuatkan keseluruhan gaya nampak boring. Tudung bawal ikat belakang yang masih trend kerana ianya ringkas dan selesa. Elak memakai beg bersaiz besar kerana ianya akan mencacatkan keseluruhan penampilan.

#5

_DSC6046

Beli sini — Shawl Rafhanah canda.my, Blouse Sasuke Premium Outlet, Sling beg Carousell Ohfesyen, Seluar Sasuke Premium Outlet, Heels sliders butik Sundance Klang Parade

Gaya paling ringkas dan selesa untuk hijabi bertemu rakan-rakan, shopping atau kemana saja tempat yang santai (bukan pantai) . Kombinasi blouse berona krim dan seluar potongan lurus dusty pink membuatkan gaya ini nampak ringkas. Pilih tudung yang bercorak dengan penggayaan yang minimal dan sandal heels berona biru gelap supaya outfit akan lebih ‘pop-out’ sedikit. Ohfesyen memilih inner tudung rona kuning supaya keseluruhan gaya tidak kelihatan boring. Earrings? Onz!