“Loafer Mules” Trend Kasut Terkini Paling Selesa & Fashionable!

“Loafer Mules” Trend Kasut Terkini Paling Selesa & Fashionable!

OOTD, Out & About

800

Oh selesanya!

Fesyen kasut terkini menarik perhatian admin! Nak tahu kenapa? Admin sebenarnya penggemar kasut tumit tinggi sebab fesyen admin lebih kearah feminin. Cuma faham-faham lah, pakai kasut tumit ni ada cabarannya. Kalau tak kena dengan kaki, get ready je lah terpeleot (terseliuh), kadang melecet (sebenarnya selalu tapi orang kata beauty is pain). Sneakers pula, memang selesa cuma gayanya yang agak ganas sedikit. Jadi, admin tertarik menarik betul dengan fesyen kasut terkini, loafer mules! Rekaannya yang pelbagai dan pemakaiannya yang amatlah selesa sekali. Tinggal sarung aja kaki tu. Loafer Mules ni juga senang dipadankan dengan outfit untuk gaya yang lebih standout. Dari gaya santai sampailah formal, mules shoes ini adalah kasut yang paling make sense dan fashionable. 

800 14

KEGEMARANKU! Loafer Mules Gucci yang yang bercorak embroidery dan ditambah pula elemen bulu ni memang tersangatlah cantik ya ampun, fashionable dan selesa sampai rasa nak pakai masa tidur. 

800 12

Walaupun mules ini polos sahaja, penampilan kamu nampak bersahaja, tidak keterlaluan tetapi tetap standout.

 

800 15

KEGEMARANKU JUGA! Nampak tak betapa cool nya loafer mules ni, pakai dengan apa pun nampak cantik je.

 

800 8

Hot! Sungguh la admin lemah betul tengok semua rekaan loafer mules ni. On the go, sesuai untuk mak-mak stailista tengah mengandung tu. 

 

800 13

Pakai dengan sweatshirt and jeans pun dah cukup style.

 

800 3

Potongan loafer mules ni sedikit berbeza dengan mules yang tadi. Ianya sedikit runcing. dihiasi dengan embroidery bermotif bunga sememangnya make sense untuk semua outfit !

Next post admin akan tunjuk idea atau inspirasi gaya ootd hijabi berloafer mules okay? Stay tuned!

Foto : Pinterest