Macam Mana Nak Pakai Lipstik Matte Tanpa Kesan Bibir Kering?

Macam Mana Nak Pakai Lipstik Matte Tanpa Kesan Bibir Kering?

Makeup

How-To-Remove-Matte-Lipstick-Without-Drying-Your-Lips-6-Ways-To-Remove-Stubborn-Lipstick-5

Lipstik matte merupakan salah satu trend kegemaran ramai sejak beberapa musim yang lalu. Ramai yang masih memilih untuk memakai lipstik matte kerana ianya memberi efek yang kemas, cantik dan tidak mudah hilang. Extra seksi!

Namun, lipstik matte juga memberi kesan negatif kepada pengguna dimana lipstik matte mengeringkan bibir disamping memberikan kemasan yang matte. Lama kelamaan bibir akan rosak akibat kekeringan yang melampau. Ohfesyen menemukan solusi khas untuk pencinta lipstik matte! Berdasarkan tips dari  Terri Apanasewicz, seorang juru mekap artis yang dipetik dari artikel stylecaster, ohfesyen kongsikan bagaimana nak kekalkan bibir lembap walaupun setiap hari pakai lipstik matte!

Guna Pelembap Bibir

Luangkan beberapa minit sebelum tidur dan sapu pelembap bibir pada keseluruhan bibir termasuk bahagian tepi bibir. Sapukan lagi pada esok hari ketika sedang prep wajah kamu. 

I suka pelembap dari NEUTROGENA Lip Moisturizer!

Menghidrat Bibir

Untuk mengekalkan kelembapan sepanjang hari, kamu perlu pakai pelembap bibir pada siang hari dan pakai semula lipstik untuk memberi kesan yang oomph!

Skrub Bibir 

Penggunaan lipstik matte akan memberi kesan mengeringkan bibir yang ekstrem. Bibir yang kering pula akan menyebabkan bibir merekah. Oleh itu, amat penting penggunaan skrub untuk menyingkirkan sel kulit mati pada bibir. Skrub bibir kamu  2 hingga 3 kali seminggu.

 

Sumber —  stylecaster.com